Utusan Borneo (Sarawak)

Wangi Lai PLT menang tempat kedua pertanding­an Selangor Internatio­nal Pitch

-

KUCHING: Wangi Lai PLT, sebuah syarikat pemula Internet of Things (IoT) dari Sarawak, menduduki tempat kedua antara dua syarikat pemula dari Taiwan pada pertanding­an Selangor Internatio­nal Pitch baru-baru ini.

Pertanding­an itu yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) merupakan sebahagian daripada Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandaraya Pintar Selangor 2018 yang dianjur bersama Majlis Teknologi Maklumat dan e-Perdaganga­n Selangir (SITEC), Menteri Besar Selangor Incorporat­ed Selangor (MBI), Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan Invest Selangor Berhad.

Wangi Lai PLT bertanding dengan membuat pembentang­an kepada panel hakim untuk menentang barisan 29 syarikat pemula terkemuka lain yang kompetitif di rantau Asia Pasifik seperti Taiwan, Korea, China, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Inovasi mereka, BAWA Cane (www.bawa.tech) telah memukau hakim iaitu sejenis alat IOT ‘ clip on’ untuk tongkat putih bagi membantu golongan cacat penglihata­n.

BAWA Cane membantu pengguna dengan pergerakan dan navigasi dengan menggunaka­n alat pengesan IOT untuk mengelak dan mengesan halangan dengan lebih baik menerusi amaran awal mengenai persekitar­an menerusi analtik data besar.

Maklumat ini dihantar ke pelayan awan (cloud server) dan kemudian kepada pengguna menerusi audio yang membolehka­n mereka bergerak dengan selamat.

BAWA Cane dapat diperoleh di http://igg.me/at/getbawacan­e. dalam tempoh tertentu.

“Kami bangga dan bert- erima kasih kerana menjadi salah satu pemenang dalam pertanding­an Selangor Internatio­nal Pitch 2018. Kemenangan ini akan membantu kami mengambil langkah yang perlu untuk memperkasa teknologi ini yang boleh mengubah mobiliti dan akses untuk mendapatka­n apa yang mereka ingin capai,” kata Pengasas Bersama Wangi Lai PLT Daniel Vong.

“Kami percaya bahawa pemula kami mempunyai bakat, kemahiran dan citacita untuk berjaya dalam ekonomi digital hari ini. Pencapaian Wangi Lai PLTdi Selangor Internatio­nal Pitch membuktika­nnya.

“Justeru, bersama- sama dengan rakan kami di Sarawak, kami berharap untuk menyediaka­n sokongan berterusan membawa BAWA Cane ke peringkat seterusnya,” kata Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA), Dr Zaidi Razak.

Wangi Lai PLT adalah salah satu pemenang dari ‘Pre-Accelerato­r Bootcamp’ yang pertama anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) iaitu program ‘bootcamp’ selama dua minggu yang direka untuk membantu usahawan memulakan perniagaan mereka bermula dari idea sehingga pembanguna­n produk.

Wangi Lai PLT dijemput untuk berucap di Naidex, acara terbesar dan paling terkenal di Eropah untuk ‘Dissabilit­y Sector’ pada 26 dan 27 Mac di NEC Birmingham, United Kingdom.

 ??  ?? KOMPETITIF: Wangi Lai PLT menerima hadiah tempat kedua pada pertanding­an Selangor Internatio­nal Pitch di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KOMPETITIF: Wangi Lai PLT menerima hadiah tempat kedua pada pertanding­an Selangor Internatio­nal Pitch di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia