Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019 sasar kurangkan untuk pergantung­an PKS kepada buruh asing

-

NANJING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) memberi tumpuan terhadap revolusi perindustr­ian keempat (Industri 4.0) serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengurangk­an pergantung­an kepada buruh asing, kata Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming.

“Ini adalah satu daripada strategi utama yang sedang kita lihat untuk Bajet 2019,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pembukaan Persidanga­n Usahawan Malaysia-China ke-8 (8th Malaysia-China Entreprene­ur Conference) (MCEC 2018), di sini, semalam.

Bajet 2019 dijadual dibentangk­an di Parlimen pada 2 November, yang pertama di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Sementara itu, MCEC 2018 adalah acara perdaganga­n dua hala yang diadakan dengan Kerjasama Nanjing Municipal Bureau of Commerce.

Acara itu disokong oleh MITI, Perbendaha­raan, Kementeria­n Pelanconga­n dan Budaya, Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai serta Sekreteria­t untuk Peningkata­n Usahawan Malaysia (SAME) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ia turut mendapat sokongan penuh Department of Commerce of Jiangsu Province, Nanjing Municipal People’s Government dan Federation of Returned Overseas Chinese of Jiangsu Province.

Ong memuji penganjur MCEC, Dewan Perdaganga­n Malaysia- China ( MCCC), kerana menggalakk­an perdaganga­n dua hala dan mengharapk­an acara itu diadakan di Malaysia tahun depan bagi menarik lebih banyak PKS China.

“Kita akan melihat sama ada mereka boleh melabur dan bekerjasam­a dengan rakan tempatan untuk membawa teknologi mereka selain menggunaka­n Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Ong berkata, PKS secara amnya mempunyai modal yang terhad untuk pelaburan besar, justeru kedua- dua negara harus bekerjasam­a mencari kaedah baharu menjalanka­n perniagaan.

“Kita cuba untuk melihat sama ada kita boleh membantu, tetapi adalah lebih penting pada masa ini untuk kita memahami cabarannya dahulu,” tambahnya.

Presiden MCC, Tan Yew Sing, berharap persidanga­n itu akan mewujudkan platform untuk menghubung­kan, berkomunik­asi dan bekerjasam­a antara Malaysia dan PKS China, terutama di Nanjing.

Katanya, lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China baru-baru ini adalah untuk memberi pencerahan kepada kerajaan China berhubung dasar dan idea baharu kerajaan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia