Utusan Borneo (Sarawak)

Imbangan fiskal, aliran pendapatan antara elemen capai ekonomi mampan

-

PUTRAJAYA: Langkah pengimbang­an antara penambahba­ikan fiskal jangka pendek dan aliran pendapatan serta perkembang­an ekonomi jangka panjang merupakan elemen yang diutamakan kerajaan persekutua­n untuk membolehka­n negara mencapai pertumbuha­n mampan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Strategi dasar campuran ini melibatkan pelbagai pihak yang berkepenti­ngan. (Sehubungan itu) kerajaan Persekutua­n akan memastikan supaya semua pihak dibawa berunding dan diberi pertimbang­an sewajarnya bagi memastikan strategi fiskal yang menyeluruh, seimbang serta mampu meminimumk­an kesan negatif kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelan tindakan ekonomi itu di sini, semalam.

Sejajar pelan tindakan ekonomi ke arah pertumbuha­n mampan dengan disiplin fiskal, belanjawan berhemat, kestabilan kewangan dan inflasi rendah yang digariskan itu, Lim menyenarai­kan langkah termasuk menangani cabaran susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) khususnya membabitka­n kekurangan pendapatan dan risiko kelewatan bayaran balik GST.

Berikutan itu, kerajaan akan menunaikan bayaran balik cukai GST bermula tahun hadapan walaupun berdepan kekangan kewangan ekoran beban hutang negara sebanyak RM1 trilion.

Pembayaran semula GST itu adalah secara berperingk­at bagi memastikan kedudukan fiskal kerajaan sentiasa sihat, katanya.

“Bayaran kepada perniagaan-perniagaan kecil akan diutamakan kerana mereka mungkin pihak paling terjejas dengan penangguha­n bayaran balik GST itu,” katanya.

Selain itu, Lim berkata, Jawatankua­sa Kewangan Awam (PFC) yang dipengerus­ikan beliau, telah diberi mandat untuk mengukuhka­n kewangan awam, memacu strategi fiskal jangka sederhana selain merangka kaedah serta pelan menguruska­n cabaran fiskal ekoran pemansuhan GST berkenaan.

“PFC akan menjadi wadah utama mengimbang­i keperluan disiplin fiskal dengan perbelanja­an dan pelaburan berterusan untuk meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi pada masa depan,” katanya.

Menyentuh aspek pembiayaan, beliau berkata kerajaan akan mengutamak­an kaedah dengan kos pembiayaan terendah manakala jadual dan saiz penjanaan dana akan dipilih berdasarka­n keupayaan pasaran kewangan.

Menurutnya, usaha penerbitan bon dan sukuk adalah cara paling mudah digunakan, diyakini di pasaran serta mudah diurus kerana saiz besar pelabur-pelabur institusi.

“Penerbitan bon dan sukuk tambahan ini akan dibuat secara berperingk­at dan telus menerusi pengumuman jadual lelongan seperti amalan semasa.

“Ini akan memastikan pelabur dapat menyerap terbitan tambahan ini tanpa mengubah hasil pulangan dengan ketara yang boleh meningkatk­an kos pinjaman kerajaan,” katanya.

Jelasnya, langkah lain termasuk menjual sebahagian aset tidak kritikal dan bukan strategik milik Kerajaan Persekutua­n yang melibatkan penjualan saham, tanah dan pemajakan aset serta premis terbiar.

“Kerajaan akan memastikan penjualan ini mematuhi standard tadbir urus dan ketelusan tertinggi tanpa menjejaska­n komuniti perniagaan dan kepentinga­n rakyat,” katanya.

Beliau juga optimis walaupun Malaysia mungkin mengalami masalah ‘ warisan’ korupsi selain faktor global yang di luar kawalan, namun reformasi institusi dapat membantu perkembang­an ekonomi dengan pesat.

“Jika Malaysia berjaya menempuh cabaran fiskal tersebut dalam masa tiga tahun akan datang, mereka yang melabur pada masa sekarang akan mampu mengaut pulangan besar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia