Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak bina KVDT fasa 2 dibatal, tender terbuka akan dilaksana

-

PUTRAJAYA: Kontrak pembinaan fasa kedua Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang ( KVDT) yang dianugerah­kan kepada syarikat Dhaya Maju Ltat Sdn Bhd dibatalkan dan akan dibuka semula melalui tender terbuka.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata keputusan yang dibuat kabinet semalam dilakukan memandangk­an kontrak projek yang bernilai RM5.2 bilion tersebut diberikan secara rundingan terus dan kos yang terlibat dianggap terlalu tinggi.

“Melalui proses tender terbuka ini nanti, kerajaan berharap akan mendapat nilai yang lebih baik dengan kos harga yang lebih rendah,” katanya ketika sidang media di sini semalam.

B e l i a u b e r k a t a k a b i n e t b e r s e t u j u projek itu diteruskan memandangk­an landasan keretapi di Lembah Klang sudah usang dan bagi memastikan sistem pengangkut­an tersebut di kawasan terbabit berjalan dengan efisien.

Ditanya mengenai adakah pampasan akan diberikan kepada syarikat yang dibatalkan, Loke menjawab: “Itu kita akan bincang dahulu dan masih belum ada apa- apa nilai yang kita tetapkan dan terpulang kepada syarikat tersebut untuk membuat tuntutan dan kita akan bincang”.

Loke berkata sehingga semalam tidak ada apaapa bayaran yang telah diberikan kepada syarikat Dhaya Maju sejak kontrak tersebut diberikan.

Fasa Kedua KVDT melibatkan jarak 110 kilometer dari Kuala Lumpur ke Klang, Salak Selatan ke Seremban dan persimpang­an Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Klang.

K a t a n y a p r o s e s tender terbuka tersebut dijangka dibuat sebelum hujung tahun ini, dan penganuger­ahan dijangka dibuat pada tahun hadapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia