Utusan Borneo (Sarawak)

Saluran kemasukan khas beri peluang kepada pelajar kurang mampu

-

NILAI: Seramai 137 pelajar dari keluarga berpendapa­tan rendah ditawarkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk melanjutka­n pengajian peringkat Sarjana Muda melalui saluran kemasukan khas bagi sesi akademik 2018/2019.

Menurut kenyataan Pusat Komunikasi Strategik USIM, kumpulan pelajar itu akan mendaftar sebagai mahasiswa USIM di Dewan Tuanku Canselor di sini hari ini dalam pelbagai bidang pengajian.

“Saluran kemasukan khas ditawarkan oleh USIM hanya kepada pelajar yang datangnya dari keluarga berpendapa­tan rendah iaitu RM3,000 sebulan ke bawah dan miskin (B40). Permohonan melalui saluran khas ini dibuat terus ke USIM melalui borang khas yang disediakan tanpa melalui permohonan atas talian di Unit Pengambila­n Pelajar (UPU), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain para pemohon perlu menepati kriteria pendapatan isi rumah yang dinyatakan, mereka juga wajib memenuhi syarat am dan syarat khas pengajian yang ditetapkan oleh USIM untuk layak dipertimba­ngkan. Pada tahun ini, sebanyak 367 permohonan awal diterima dengan 303 permohonan melepasi saringan sebelum hanya 137 pemohon disenarai pendek untuk diberikan tawaran melanjutka­n pengajian. USIM menetapkan kuota pengambila­n melalui saluran ini adalah 200 orang sahaja,” menurut kenyataan itu di sini, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, USIM menyambut baik dan menyokong program kemasukan laluan khas B40 yang diperkenal­kan oleh KPM untuk dilaksanak­an oleh setiap universiti awam.

Ia menjadi ‘ jambatan’ dan peluang istimewa kepada pelajar yang kurang berkemampu­an untuk melanjutka­n pengajian di universiti. Saluran kemasukan khas B40 itu secara langsung menjadi medium alternatif bagi pelajar sekolah agama yang cemerlang akademik dan datangnya dari keluarga susah untuk melanjutka­n pelajaran ke USIM melalui laluan pantas.

“Dijangka seramai 210 orang pelajar rayuan akan turut mendaftar bersama-sama kumpulan pelajar B40 ini. Pada sesi pendaftara­n pelajar baharu Sarjana Muda USIM yang diadakan pada 4 Sept lepas, seramai 2,198 pelajar telah mendaftar,” menurut kenyataan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penuntut Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Antarabang­sa Singapura (SPI) selepas merasmikan Learning Express di Port Dickson semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penuntut Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Antarabang­sa Singapura (SPI) selepas merasmikan Learning Express di Port Dickson semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia