Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 108 pekerja asing tapak pembinaan solar ditahan

-

KUANTAN: Seramai 108 daripada 114 pekerja buruh asing yang diperiksa di sebuah tapak pembinaan solar di Gambang di sini ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan 10 agensi penguatkua­saan semalam.

Pengarah Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB) Pahang Saini Saidi berkata daripada jumlah itu, 65 daripada mereka didapati tidak mempunyai Kad Personel Binaan (kad hijau) termasuk memiliki kad hijau palsu (tiga) dan kad hijau tamat tempoh (lapan).

Beliau berkata seramai 106 pekerja yang majoritiny­a dari Bangladesh pula didapati menyalahgu­na pas lawatan kerja dan masing- masing satu menggunaka­n permit palsu serta tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun. Kebanyakka­n mereka mempunyai kebenaran bekerja dalam sektor bukan pembinaan. Mereka dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Saini menambah pemeriksaa­n juga mendapati seorang kontraktor dari negara luar tidak berdaftar selain terdapat bahan binaan yang digunakan tidak mematuhi perakuan pematuhan standard.

Katanya, CIDB telah mengeluark­an notis kepada pihak terbabit untuk menghentik­an pengunaan bahan terbabit.

Saini berkata antara agensi yang terlibat pada operasi itu antaranya Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja ( JKKP), Jabatan Kesihatan, Suruhanjay­a Syarikat Malaysia, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara, Jabatan Pendaftara­n Negara, Pengurusan Air Pahang Berhad dan Akademi Binaan Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Sebahagian 114 pekerja warga asing yang ditahan untuk diperiksa dalam Operasi Bersepadu Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1/2018 di Tapak Pembinaan Solar di Gambang, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama DITAHAN: Sebahagian 114 pekerja warga asing yang ditahan untuk diperiksa dalam Operasi Bersepadu Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1/2018 di Tapak Pembinaan Solar di Gambang, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia