Utusan Borneo (Sarawak)

UTEM memberi penekanan penting jalinan kerjasama pihak industri

-

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) memberi penekanan penting terhadap jalinan kerjasama dengan pihak industri tempatan dan luar negara dalam usaha memastikan kebolehpas­aran graduannya sentiasa berada di tahap tertinggi.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata inisiatif berkenaan juga penting agar graduan mendapat peluang pekerjaan yang bersesuaia­n dengan bidang atau kursus yang diikuti sepanjang menuntut di universiti berkenaan.

Beliau berkata setakat ini UTeM telah menjalin kerjasama dengan lebih 60 pihak industri tempatan dan luar negara dalam pelbagai bidang serta sektor termasuk industri kecil dan sederhana, s y a r i k a t b e r k a i t a n kerajaan, kilang, agansi kerajaan dan perusahaan multinasio­nal.

“Kerjasama dengan pihak industri penting bukan sahaja memastikan pelajar dalam memahami tuntutan alam pekerjaan sebenar tetapi agar g r a d u a n m e n d a p a t pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Antara kerjasama tersebut bukan sahaja melibatkan penggubala­n k o k u r i k u l u m y a n g relevan dengan tuntutan industri malah tempoh latihan industri yang agak lama memberi kelebihan kepada pelajar untuk diserap bekerja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Industri UTeM 2018 dan Karnival Kerjaya UTeM di sini, semalam.

Pada majlis tersebut sebanyak 20 syarikat atau pihak industri t e m p a t a n d a n antarabang­sa menerima sijil penghargaa­n atas kerjasama yang terjalin antara kedua- dua pihak.

M e n g u l a s l a n j u t , S h a h r i n b e r k a t a berdasarka­n inisiatif b e r k e n a a n t a h a p kebolehpas­aran graduan UTeM telah meningkat lebih 90 peratus setiap tahun berbanding antara 75 hingga 80 peratus sebelum ini.

B e l i a u b e r k a t a usaha berkenaan turut meletakkan UTeM sebagai universiti teknikal yang masih relevan dengan k e p e r l u a n i n d u s t r i dan membantu negara melahirkan lebih ramai graduan berkualiti dan berkemahir­an untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Sementara itu, katanya sebanyak 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 31 syarikat dari dalam dan luar negara pada Karnival Kerjaya UteM yang berlangsun­g di sini, semalam.

“Karnival Kerjaya ini merupakan salah satu platform yang kita anjurkan setiap tahun bagi membantu graduan UTeM dan orang ramai mencari pekerjaan dan peluang ini perlu dimanfaatk­an sebaiknya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia