Utusan Borneo (Sarawak)

AS serah sistem radio laut VHF kepada Taman-Taman Sabah Kemudahan untuk meningkatk­an kecekapan meronda di TMP

-

KUDAT: Sistem Rangkaian Radio Laut VHF, sistem peralatan komunikasi yang dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, semalam diserahkan kepada Taman-Taman Sabah (TTS) bertujuan untuk meningkatk­an kecekapan dalam meronda Taman Laut Tun Mustapha (TMP), kawasan perlindung­an marin (MPA) yang terbesar di Malaysia.

Sistem Rangkaian Radio Laut VHF itu yang terdiri daripada unit Radio Repeater Set ( VHF Radio Tower) yang ditempatka­n di puncak Gunung Sinambung, Pulau Banggi, dan beberapa unit tangan, diterima oleh Pengurus TMP, Fazrullah Rizally Abd Razak yang mewakili TTS.

Penyerahan peralatan dari syarikat kontraktor, yang diamanahka­n untuk membina kemudahan itu, kepada TTS disaksikan oleh Bradley Hurst dari Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pengarah TamanTaman Sabah Dr Jamili Nais dan Dr Rebecca Jumin dari WWF-Malaysia.

Berucap pada majlis itu Dr Jamili berkata sistem komunikasi marin itu kini menyediaka­n komunikasi langsung antara set radio dengan sangat berkesan.

“Sistem ini membolehka­n operasi Taman Tun Mustapha meningkatk­an prestasi rondaan bukan sahaja oleh Taman-Taman Sabah tetapi juga dalam kerjasama kami dengan agensi-agensi penguatkua­saan di dalam TMP.

“Dalam jangka masa panjang, sejajar objektif Pelan Strategik Pelan Strategik Sabah 2025, diharapkan kecekapan dan keberkesan­an pengurusan TMP dapat dipertingk­atkan dalam semua aspek terutama dalam perlindung­an pelbagai kehidupan,ke arah standard pengurusan terbaik peringkat antarabang­sa,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudianny­a, Dr Jamili berkata renger taman dan kira-kira 30 renger taman kehormat yang dilantik daripada komuniti terpilih di kawasan TMP akan dilengkapi dengan peralatan komunikasi bagi membolehka­n mereka membuat laporan mengenai sebarang aktiviti haram seperti pengeboman ikan kepada agensi penguat kuasa.

Hurst dalam ucapannya berkata kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia gembira dapat memainkan peranan dalam meningkatk­an penguatkua­saan dan pengurusan TMP sejak dua tahun kebelakang­an ini, dan amat teruja dengan kerjasama pelbagai pihak.

Beliau berkata TMP adalah habitat unik di mana terdapat hutan bakau, rumpai laut dan terumbu karang, yang kesemuanya berfungsi sebagai tempat pembiakan penting bagi spesies marin pemastauti­n serta spesies migrasi seperti jerung.

“Perairan TMP menempatka­n sekurang-kurangnya 82 spesies karang keras, 715 spesies ikan, 50 spesies moluska, 25 spesies siput dan 130 spesies rumpai laut. Terdapat sekurang-kurangnya 20 spesies ikan yu yang tercatat di kawasan TMP, serta tapak bersarang untuk penyu karah dan penyu hijau, dua spesies lumba-lumba, dan dugong.

“TMP tidak hanya penting untuk kepelbagai­an biodiversi­ti, tetapi juga untuk tadbir urusnya, yang menandakan cara baharu pengurusan taman di Sabah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI SOKONGAN: Nurul Izzah (dua kanan) ketika bercakap pada sidang media selepas menghadiri after attending ‘Jelajah Reformasi 20 Tahun bersama Rafizi Ramli’ kelmarin.
— Gambar Bernama BERI SOKONGAN: Nurul Izzah (dua kanan) ketika bercakap pada sidang media selepas menghadiri after attending ‘Jelajah Reformasi 20 Tahun bersama Rafizi Ramli’ kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia