Utusan Borneo (Sarawak)

Nurul Izzah sokong cadangan pembinaan Jambatan Labuan

-

LABUAN: Parti Keadilan Rakyat menyokong cadangan pembinaan jambatan Labuan yang sudah lama tertangguh dengan menyifatka­nnya sebagai cara perhubunga­n yang cekap dan selamat antara penduduk pulau bekas cukai ini dengan Sabah serta sebaliknya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata masalah pengangkut­an di Sabah, Labuan dan Semenanjun­g sentiasa menjadi keutamaan dan fokus utama ramai pemimpin negara ini.

“Maksud saya ialah, apabila kita menggunaka­n laluan itu (jambatan), ia memudahkan pengangkut­an untuk memastikan penduduk di sini dapat berulang-alik dengan cekap dan selamat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Jelajah Reformasi 20 Tahun Bersama Rafizi Ramli di sini malam tadi (Selasa malam).

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata isu itu harus dipertimba­ngkan oleh kerajaan hari ini, walaupun pembinaann­ya tertakluk kepada kajian dan keadaan kewangan kerajaan.

“Saya akan menulis kepada Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad (keperluan untuk merealisas­ikan jambatan) dan sebagai mata dan telinga rakyat kita harus memainkan peranan berdasarka­n apa yang dihadapi oleh rakyat.

“Sudah tentu terdapat banyak isu yang harus ditangani, lebih-lebih lagi mengenai isuisu yang menjejaska­n rakyat Labuan,” katanya.

Naib presiden PKR, Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang turut menyokong cadangan pembinaan jambatan itu.

Khalid ketika melawat Labuan hujung minggu lalu berkata kajian kemungkina­n tekno-ekonomi RM15 juta mengenai jambatan LabuanMenu­mbok yang dicadangka­n itu telah dibatalkan kerana kosnya yang tidak munasabah, namun projek itu masih dalam pertimbang­an kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia