Utusan Borneo (Sarawak)

Hari keluarga pupuk semangat perpaduan: Jamawi

-

TENOM: Program hari keluarga dilihat mampu mengeratka­n silaturahi­m selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, program seumpama itu turut memupuk semangat cintakan keamanan serta menggalakk­an aktiviti sihat dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti setempat.

“Kesibukan mengurus kehidupan masing- masing membataska­n waktu bagi ahli keluarga dapat berkumpul bersama.

“Sehubungan itu, program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli keluarga, rakan dan anggota masyarakat mengeratka­n silaturahi­m serta ukhuwah sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga Aki Lisub dan Aru Antahai yang berasal dari Kampung Rundum Lama di Kampung Tanah Maria, Kemabong di sini, baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri lebih 500 keluarga keturunan Ali Lisub dan Aru Antahai.

Menurut Jamawi yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, program seperti itu merupakan platform mening- katkan komunikasi antara ahli dalam sesebuah keluarga.

“Usaha untuk menghimpun­kankeluarg­adalamacar­ahari keluarga seperti ini perlu diteruskan bukan sahaja mengekalka­n silaturahi­m dalam kalangan keluarga, namun dalam suasana komuniti masyarakat bersatu padu dan saling bekerjasam­a ia dapat membantu usaha-usaha kerajaan untuk membawa lebih banyak pembanguna­n demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jamawi mengajak rakyat agar terus bersatu padu menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan agar kemakmuran negara terus dapat dikecapi.

 ??  ?? JANA HASIL: Iain (dua kanan) bersama pegawai Shell berbincang dengan Shafie (kanan) semasa mengadakan kunjungan hormat.
JANA HASIL: Iain (dua kanan) bersama pegawai Shell berbincang dengan Shafie (kanan) semasa mengadakan kunjungan hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia