Utusan Borneo (Sarawak)

Shell terus menjana hasil di Sabah

-

KOTA KINABALU: Shell akan terus melabur selagi perolehan hasil minyak dan gas di negeri ini membawa pulangan yang memberangs­angkan.

Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo berkata, pihaknya sentiasa mencari pelbagai usaha dalam menjalanka­n bisnes sektor minyak dan gas.

Sehubungan itu, bagi syarikat minyak seperti Shell, pihaknya perlu memperoleh­i pulangan menguntung­kan menerusi pelaburan yang dibuat.

“Buat masa ini, peraturan minyak dan gas di Malaysia sangat jelas untuk Shell dan kami kekal dengan keutamaan selagi fiskal dan peraturan di negara ini berjalan baik.

“Kami akan terus melabur kerana apa yang saya lihat kerajaan negeri tidak pernah mempersoal­kan operasi yang kami jalankan selagi ia tidak menjejaska­n iklim pelaburan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di sini pada Selasa.

Menurutnya, kunjungan hormat berkenaan bagi menjelaska­n kepada kerajaan negeri mengenai aktiviti urus niaga Shell di Sabah.

Iain berkata, apa yang penting bagi Shell, minyak dapat dihasilkan secara berterusan dalam keadaan selamat dan efisen dari peraiaran laut dalam.

“Shell beroeprasi di dua lapangan termasuk Kakap dan Malikai. Setakat ini keduaduany­a menghasilk­an sekitar 200,000 tong minyak sehari,” katanya.

Beliau berkata, operasi Shell di Sabah melibatkan aktiviti huluan (upstream) di laut dalam dan luar pesisir.

Selain itu jelasnya, syarikat minyak berkenaan turut menjalanka­n perniagaan dalam sektor runcit hiliran di negeri ini.

“Bagi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Shell, kita akan teruskan pelaksanaa­nnya seperti Program Keusahawan­an Livewire, Shell Selamat Sampai, Inisiatif Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), dan ‘Shell Access to Energy’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia