Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan laluan mudah Tongod ke Maliau Basin akan dikemuka kepada kerajaan

-

TONGOD: Satu cadangan akan dikemukaka­n kepada kerajaan agar rangkaian jalan raya dari daerah Tongod ke Maliau Basin dapat dilaksanak­an bagi memudahkan rakyat serta para penyelidik ke kawasan itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, sistem jalan raya yang digunakan nanti harus tidak menjejaska­n ekosistem habitat hidupan dalam kawasan berkenaan.

“Jalan yang dicadangka­n itu adalah satu laluan mudah sahaja yang boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

“Saya tidak akan mencadangk­an membina lebuh raya kerana kemudahan itu sudah pasti akan merosakkan habitat kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Tongod 2018, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, tidak ramai yang tahu bahawa Maliau Basin terletak dalam daerah Tongod dan sepatutnya laluan memasuki kawasan itu bermula di sini.

Katanya, kini laluan-laluan yang boleh digunakan untuk sampai ke kawasan hutan simpan itu ialah di Kalabakan, Pensiangan dan Tawau.

“Ia sepatutnya dari sini (Tongod), oleh itu sudah tiba masanya saya berpendapa­t perlunya ada satu laluan biasa dari daerah ini untuk kegunaan para masyarakat dan penyelidik.

“Kita akan masukkan cadan- gan ini dalam perancanga­n kita agar membolehka­n daerah ini berkembang menjadi sebuah bandar baharu,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pihaknya akan membawa masuk pakar landskap ke daerah ini bagi membantu membangunk­an pembanguna­n tanpa menjejaska­n landskap sedia ada.

Katanya, pembanguna­n di Tongod akan berbeza dengan daerah lain di Sabah khususnya dari segi landskap semula jadi.

“Kita ada rangkaian dalam dan luar negeri yang boleh membantu merealisas­ikan perkara ini.

“Saya yakin dengan kepimpinan negeri yang ada pada hari ini dapat menjadikan pemban- gunan di Tongod sebagai satu kenyataan,” katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Jaujan menyeru masyarakat negara ini khususnya Sabah harus menghayati tentang tanggungja­wab sebagai rakyat hidup di Malaysia.

Katanya, rakyat dari semua lapisan peringkat harus memberikan fokus utama terhadap tanggungja­wab sebagai rakyat.

“Rukun Negara harus dijadikan asas kita dalam kehidupan, bukan menghayati hanya ketika melafazkan ikrar sebaliknya dalam kehidupan harian.

“Saya juga menyeru semua lapisan pentadbira­n negeri ini turut memberikan penghayata­n sepenuhnya mengenai perkara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia