Utusan Borneo (Sarawak)

AKSI PERCUBAAN TERJUNAN LANCAR

-

SIBU: Aksi percubaan terjunan oleh peserta Sibu Internatio­nal BASE Jump Edisi Ke-10 di bangunan tertinggi di Sarawak, Wisma Sanyan bermula dengan baik di sini, semalam.

Cuaca yang baik telah melancarka­n terjunan para peserta yang membuat terjunan di bangunan setinggi 126 meter tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Seramai 34 penerjun dari 14 negara telah mengesahka­n penyertaan mereka untuk acara kali ini.

Edisi kali ini disertai penerjun dari Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Belarus, Belgium, Kanada, Estonia, Finland, France, Jerman, Ireland, New Zealand, Rusia dan United Kingdom.

Acara tahun ini turut menampilka­n kelainan dengan pertanding­an penerjun berpakaian adiwira sempena ulang tahun ke-10 acara ini.

Pemenang pertanding­an tersebut bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua RM750 dan RM500 untuk pemenang tempat ketiga.

Untuk rekod, peserta termuda berusia 24 tahun iaitu Corentin Parmentier dari Belgium sementara paling tua berusia 65 tahun iaitu Eric Pemberton dari New Zealand telah menyertai acara ini pada tahun ini.

Turut serta membuat percubaan ialah Presiden Persatuan BASE Jump Australia Gary Cunningham dan Presiden Persatuan BASE Jump Malaysia Kapten (B) A. Aziz Ahmad.

Sementara itu, tujuh penerjun wanita turut mengambil bahagian.

Acara ini adalah anjuran Persatuan BASE Jump Malaysia dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu.

 ??  ?? TIADA INSIDEN: Salah seorang peserta berjaya melepaskan payungnya dengan selamat pada sesi percubaan, semalam.
TIADA INSIDEN: Salah seorang peserta berjaya melepaskan payungnya dengan selamat pada sesi percubaan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia