Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah memastikan mereka yang berkuasa tidak ‘mengumpul’ kekayaan tidak munasabah untuk kepentinga­n sendiri

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pemaparan pengisytih­aran harta pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) merupakan pembaharua­n paling penting dilakukan PH.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, langkah itu diambil bagi memastikan mereka yang berkuasa tidak ‘mengumpul’ kekayaan tidak munasabah untuk kepentinga­n sendiri.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n dalam Negeri dan Hal Ehwal Peng-

Saya tidak tahu jika pemimpin GPS (Gabungan Parti Sarawak) menolak dasar yang mulia ini. Adakah mereka ada sesuatu yang disembunyi­kan?

guna menegaskan, seorang pemimpin seharusnya benarbenar bekerja untuk rakyat dan negara.

“Ini menunjukka­n satu penyelesai­an diambil kerajaan PH untuk mewujudkan pemerintah­an yang bersih dan telus.

“Saya tidak tahu jika pemimpin GPS (Gabungan Parti Sarawak) menolak dasar yang mulia ini. Adakah mereka ada sesuatu yang disembunyi­kan?” soalnya.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu juga yakin semua Ahli Parlimen PH dari negeri ini akan memberi kerjasama baik kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) bagi memastikan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilaksana dengan baik.

Ketika ini terdapat 12 ahli parlimen PH dari Sarawak selepas Barisan Nasional (BN) hanya dapat mengekalka­n 19 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.

Selain Chong (Stampin), 11 lagi ahli parlimen PH Sarawak ialah Mordi Bimol (Mas Gading), Wille Mongin (Puncak Borneo), Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), Ali Biju (Saratok), Larry Sng (Julau), Oscar Ling (Sibu), Alice Lau (Lanang), Baru Bian (Selangau), Dr Michael Teo (Miri), Jugah Muyang (Lubok Antu) dan Wong Lin Biu (Sarikei).

Kelmarin, Timbalan Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil semasa ditemu bual Bernama Radio berkata, bermula 1 Oktober ini SPRM akan memaparkan pengisytih­aran harta anggota kabinet dan ahli parlimen PH di portal suruhanjay­a itu.

Menurutnya, ia sering arahan Dr Mahathir yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.

“Usaha memaparkan pengisytih­aran harta ini, kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,”katanya.

Shamsun menambah, kesemua anggota kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytih­aran itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik ke dalam portal suruhanjay­a itu.

Chong Chieng Jen Pengerusi PH Sarawak

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia