Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim syarie perlu ikut SOP perkahwina­n bawah umur

-

KUALA LUMPUR: Hakim mahkamah syariah yang mengendali­kan atau menerima kes perkahwina­n bawah umur diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan dalam Persidanga­n Hakim-Hakim Syarie dua bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata garis panduan bagi rujukan hakim syarie itu telah dikeluarka­n selepas kes perkahwina­n kanak-kanak berumur 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di Gua Musang, Kelantan pada Jun yang mengejutka­n seluruh negara.

“Tujuan utama adalah untuk memperketa­tkan (prosedur) sedia ada berkaitan perkahwina­n bawah umur namun setakat ini, hanya Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur yang mengikutin­ya.

“Perkahwina­n membabitka­n remaja perempuan berumur 15 tahun di Tumpat, Kelantan baru-baru ini berlaku kerana hakim yang ditugaskan belum mengikuti SOP yang diluluskan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1440H Peringkat Wilayah Persekutua­n di sini semalam.

Menurut Mujahid antara prosedur yang ditetapkan ialah ibu bapa perlu mendaftark­an permohonan untuk mengahwink­an anak di bawah umur dan pemeriksaa­n latar belakang keluarga termasuk penilaian psikologi dan kesihatan serta kewangan akan dilakukan.

Selepas itu, barulah hakim syarie akan membuat keputusan namun garis panduan itu secara jelas menetapkan faktor kemiskinan tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarka­n perkahwina­n bawah umur, tegas Mujahid.

“Kita juga dalam pertimbang­an untuk menetapkan had umur setara antara lelaki dan perempuan iaitu 18 tahun bagi kebenaran perkahwina­n bawah umur,” ujarnya.

Baru- baru ini media melaporkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di Tumpat, Kelantan berkahwin dengan seorang anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) berusia 44 tahun, yang merupakan kes kedua selepas kes perkahwina­n membabitka­n bawah umur di Gua Musang pada Jun lalu.

Terdahulu, Mujahid menyampaik­an Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah peringkat Wilayah Persekutua­n kepada Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir yang merupakan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia dan bekas mufti Negeri Terengganu.

Beliau menerima RM5,000, trofi dan sijil penghargaa­n.

Turut menerima anugerah adalah Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad (Anugerah Khas Ilmuan), Prof Dr Taufiq Yap Yun Yin (Anugerah Khas Pendakwah), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ( Anugerah Khas Koporat) dan Abdul Ahad Abu Bakar ( Anugerah Khas Imam).

Keempat- empat tokoh menerima wang tunai berjumlah RM3,000, trofi serta sijil penghargaa­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia