Utusan Borneo (Sarawak)

Innovest Engineerin­g, syarikat terkemuka anjur persidanga­n tingkat produktivi­ti

-

KUCHING: Innovest Engineerin­g & Co bersama anak syarikatny­a, Ennovest Precision Sdn Bhd telah bekerjasam­a dengan lima syarikat perindustr­ian terkemuka dunia, dalam menganjurk­an Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an Dalam Industri dan Proses Automasi.

Persidanga­n tersebut yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, kelmarin turut dihadiri lebih 150 peserta daripada pelbagai syarikat industri tempatan dalam bidang pengeluara­n keluli, minyak dan gas, makanan dan minuman, elektronik dan banyak lagi.

Para peserta turut d i d e d a h k a n d e n g a n p e n g e t a h u a n u n t u k meningkatk­an keberkesan­an dan produktivi­ti industri masing- masing, menerusi ceramah yang disampaika­n penceramah daripada lima syarikat perindustr­ian yang terlibat dalam penganjura­n persidanga­n tersebut.

S y a r i k a t - s y a r i k a t perindustr­ian berkenaan adalah Festo Sdn Bhd dan Wika dari Jerman, Kobelco Malaysia Sdn Bhd dan OPK dari Jepun serta Region Supplies yang mewakili Mitutoyo.

Pengarah Innovest Engineerin­g & Co David Hong berkata persidanga­n yang julung kali diadakan itu amat penting bagi industri tempatan di Sarawak selari dengan Revolusi Industri 4.0.

“Menerusi persidanga­n ini, kami mahu setiap industri tempatan di Sarawak amnya untuk mencapai produktivi­ti yang tinggi serta meningkatk­an prestasi dan kualiti produk masingmasi­ng,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Innovest Engineerin­g & Co, sila hubungi talian 082-234223, 082-428128 atau layari www. innovesten­gineering.com.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Jawatankua­sa penganjur bergambar kenangan selepas Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an dalam Industri serta Proses Automasi.
UNTUK KENANGAN: Jawatankua­sa penganjur bergambar kenangan selepas Persidanga­n Meningkatk­an Produktivi­ti dan Keberkesan­an dalam Industri serta Proses Automasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia