Utusan Borneo (Sarawak)

PELAJAR DISYAKI CURI DUIT DIBELASAH PELAJAR SENIOR

-

LIMBANG: Seorang pelajar tingkatan dua yang disyaki mencuri duit rakan sekelasnya cedera selepas dipercayai dibelasah sekumpulan pelajar senior dalam kejadian di sebuah asrama sebuah sekolah menengah di sini, kelmarin.

Mangsa, 14, didatangi kira-kira lima pelajar senior sebelum dipercayai dipukul ketika berada di tangga blok asrama dalam kejadian sekitar jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, kejadian berpunca daripada tindakan mangsa dan seorang rakan sekelasnya yang dipercayai mengambil wang milik rakan sekelas mereka.

“Hasil pemeriksaa­n, guru disiplin berjaya mengambil semula wang berkenaan dan diserahkan kembali kepada pelajar yang juga empunya wang tersebut.

“Namun, pelajar terbabit kemudianny­a mengadu kepada suspek yang bertindak memukul mangsa kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mencuri duit terbabit,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, akibat dibelasah mangsa yang lebam di bahagian belakang badan, tengkuk dan kepala menerima rawatan di Hospital Limbang.

Kes diklasifik­asikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian berasingan, seorang isteri mendakwa dikasari suaminya menyebabka­nnya mengalami bengkak dan lebam di mata kanan dalam pertengkar­an sekitar jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Mohd Bukhori berkata, mangsa, 28, kemudianny­a membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek, 32, yang juga penjawat awam sekitar jam 9.10 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pertengkar­an disebabkan mangsa menegur suaminya yang tidak menguruska­n anak-anak, sebelum ditampar suaminya kerana geram dengan mangsa yang kuat membebel.

“Kejadian itu menyebabka­n mangsa mengalami lebam dan bengkak di mata kanan,” katanya sambil menambah, kes akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia