Utusan Borneo (Sarawak)

Zamani & Amelina antara 12 peserta Gegar Vaganza 5

-

KEMBALI

mengusik emosi penonton dengan tagline ‘Masih Membara Rentaknya’, Gegar Vaganza musim kelima atau GV5 menyuntik nafas baharu apabila buat julung kalinya membuka penyertaan kepada peserta duo dan berkumpula­n.

Edisi kali ini juga turut menampilka­n bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dan ratu dangdut Malaysia, Amelina yang sangat popular suatu ketika dahulu dalam senarai 12 pesertanya.

Selain Zamani dan Amelina, turut bertanding dalam merebut kejuaraan GV5 pada kali ini adalah Noryn Aziz, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Maya Matahari, Farawahida, Safura Yaacob dan Shafie Rio serta dua kumpulan vokal, Forteen dan Elite.

Duo yang popular dengan lagu ‘Hati Terluka’ Billy Zulkarnain turut menyertai barisan peserta pada musim kali ini.

Pengumuman senarai peserta GV5 telah diadakan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Konsert mingguan GV5 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Program ini juga turut boleh diakses menerusi perkhidmat­an Gempak, Astro Go, Njoi Now dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan Kapsul Gegar Vaganza.

Untuk lima episod pertama, Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.55 malam bermula 24 September 2018. Seterusnya diikuti dengan siaran tiga kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada waktu yang sama.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Live Plus Gegar Vaganza’ akan disiarkan secara serentak di www. gegarvagan­za.com.my ketika berlangsun­gnya konsert mingguan ‘GV5’ bermula 30 September 2019.

GV5 masih mengekalka­n Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim akan duduk di kerusi juri tetap.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 juga masih mengekalka­n format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya oleh pihak juri yang telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menilai persembaha­n para peserta berdasarka­n kriteria yang telah ditetapkan.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3) dan Aishah (GV4).

 ??  ??
 ??  ?? ELITE FARAWAHIDA SHAFIE RIO SAFURA FORTEEN DIA FADILA MAYA NORYN AZIZ HETTY SARLENE BILLY ZULKARNAIN
ELITE FARAWAHIDA SHAFIE RIO SAFURA FORTEEN DIA FADILA MAYA NORYN AZIZ HETTY SARLENE BILLY ZULKARNAIN
 ?? — Gambar Astro ?? KEMBALI LAGI: Barisan peserta GV5 bergambar bersama-sama semasa satu sidang akhbar yang diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
— Gambar Astro KEMBALI LAGI: Barisan peserta GV5 bergambar bersama-sama semasa satu sidang akhbar yang diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
 ??  ?? AMELINA
AMELINA
 ??  ?? ZAMANI
ZAMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia