Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Vietnam meninggal dunia

Pada usia 61 tahun selepas sekian lama menghidap penyakit serius

-

HANOI: Presiden Vietnam Tran Dai Quang meninggal dunia semalam pada usia 61 tahun selepas sekian lama menghidap penyakit yang serius, media kerajaan melaporkan.

Beliau meninggal dunia akibat “penyakit yang serius walaupun menerima rawatan khas daripada profesor dan doktor” terbaik di Vietnam mahupun di luar negara, kata Agensi Berita Vietnam.

Memegang jawatan sebagai presiden sejak April 2016 selepas lebih empat dekad di Kementeria­n Keselamata­n Awam yang berpengaru­h, Quang mempunyai reputasi sebagai seorang pemimpin yang tegas dan tidak dapat menerima tentangan.

Walaupun beliau memegang satu daripada empat jawatan tertinggi di negara itu dan secara rasmi merupakan ketua negara, peranannya sebagai presiden dilihat umum sebagai sekadar simbolik sahaja, menyambut pemimpin yang melawat negara dan menjadi hos kepada acara diplomatik dalam usaha untuk merangsang profil Vietnam di pentas dunia.

Quang sebelum ini muncul dalam keadaan kurus dan pucat, dan tidak dapat berdiri dengan stabil pada minggu lepas ketika beliau mengadakan majlis sambutan untuk Presiden Indonesia Joko Widodo di Hanoi pada minggu lepas.

Beliau kali terakhir tampil di khalayak ramai hanya dua hari lalu, di satu pertemuan dengan pembesar asing dan ahli politik China di Hanoi.

Quang, seorang ahli Polit- buro, mempunyai reputasi sebagai tegas dan berpengaru­h di dalam lingkungan dalaman parti komunis, walaupun sering kelihatan tidak selesa di khalayak ramai dan tidak memiliki karisma rakan-rakan sebaya dalam lingkungan atasan parti.

Dalam satu wawancara dengan AFP pada 2016 sebelum lawatan bekas pemimpin Perancis, Francois Hollande, Quang membaca daripada satu kenyataan yang disediakan lebih awal dan diiringi keluar dengan cepat dari bilik oleh kakitangan apabila satu persoalan tidak mengikut skrip.

Media kerajaan membuat pengumuman suram mengenai kematianny­a semalam dan meraikan komitmenny­a yang lama kepada perkhidmat­an awam.

Waktunya memegang kuasa didominasi konflik dengan Beijing berhubung Laut China Selatan, satu pertikaian yang sudah lama antara kedua-dua negara jiran komunis itu yang meruncing beberapa kali.

Vietnam membatalka­n sekurang- kurangnya satu projek penggerudi­an minyak di wilayah yang kaya dengan hasil sumber semula jadi itu sewaktu Quang memegang kuasa dalam usaha untuk mengekang ketegangan.

Beliau merupakan wajah pentadbira­n yang dikenali orang ramai di satu siri acara berprofil tinggi, khususnya di mesyuarat APEC di Danang pada November tahun lepas di mana beliau menjadi hos kepada ramai pemimpin dunia – termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Xi Jinping dari China.

Sebagai presiden, beliau menyelia operasi ke atas penentang yang dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia sebagai kekangan ke atas ekspresi bebas.

Lebih 40 orang dipenjara pada tahun ini dan kira-kira 100 sudah meringkuk di dalam penjara setakat April 2018, menurut Amnesty Internatio­nal. — AFP TRIPOLI: Sembilan, termasuk dua orang awam, terbunuh berhampira­n bandar utama Libya kelmarin ketika pertempura­n baharu meletus antara kumpulan bersenjata yang bermusuhan, kata seorang pegawai.

Seramai 13 lagi, termasuk empat orang awam, tercedera dalam keganasan di luar bandar selatan Tripoli, menurut satu penilaian awal, kata jurucakap perkhidmat­an kecemasan Osama Ali.

Di sebalik satu perjanjian gencatan senjata dicapai pada 4 September, pertempura­n baharu meletus pada minggu ini, terutama di kawasan kejiranan Salaheddin dan di laluan ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Tripoli, yang dimusnahka­n pada 2014.

Pertempura­n yang meletus pada lewat bulan lepas mengorbank­an sekurangku­rangnya 63 nyawa serta mencederak­an 159 lagi – kebanyakan­nya orang awam – sebelum gencatan senjata mula dikuatkuas­akan.

Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya (UNSMIL) kelmarin mengemukak­an satu rayuan dalam Twitter menggesa kumpulan bersenjata agar mematuhi gencatan senjata.

Ia mengingatk­an mereka bahawa mereka merupakan penandatan­gan kepada satu perjanjian gencatan senjata yang menyatukan mereka dan bahawa “mendedahka­n orang awam kepada bahaya adalah tidak dibenarkan”.

Pada minggu lepas utusan PBB ke Libya, Ghassan Salame, melaporkan 14 pencabulan gencatan senjata.

Kerajaan bagi Perjanjian Negara yang diiktiraf oleh pihak antarabang­sa di negara ini menyatakan pada Isnin lepas bahawa satu “pasukan biasa” akan ditugaskan bagi memastikan keselamata­n satu-satunya lapangan terbang yang masih berfungsi di Mitiga. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MENINGGAL DUNIA: Gambar fail menunjukka­n Quang ketika menghadiri sidang akhbar di Hanoi, Vietnam pada 6 September 2017.
— Gambar Reuters MENINGGAL DUNIA: Gambar fail menunjukka­n Quang ketika menghadiri sidang akhbar di Hanoi, Vietnam pada 6 September 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia