Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama kembang ekonomi: Darell

Pemain industri pengilanga­n tempatan harus memastikan pemindahan teknologi berlaku untuk melangkah ke hadapan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pemain industri pengilanga­n tempatan Sarawak perlu memanfaatk­an sepenuhnya teknologi yang ditawarkan oleh China di negeri ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking berkata, terdapat industri pembuatan dari China yang menghasilk­an teknologi telah lama bertapak di Sarawak.

“Kita tidak boleh membiarkan mereka datang dan mengambil alih apa yang kita ada tanpa sebarang pemindahan teknologi.

“Maka itu, saya menggesa pemain industri untuk memanfaatk­an sepenuhnya apa yang ditawarkan China di sini khasnya teknologi untuk kita melangkah ke hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Automasi dan IR 4.0 yang dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Industrial Developmen­t Finance (MIDF) Berhad Datuk Charon Mokhzani di sini, semalam.

Darell berkata, pemain industri dan masyarakat Sarawak amnya harus mencipta produk menggunaka­n teknologi sama ada mesin, jentera atau robotik.

“Kita mencadangk­an kepada Sarawak mahupun Sabah untuk mencipta atau menghasilk­an produk sedemikian sekurang-kurangnya asas kepada teknologi itu.

“Kami tahu bahawa pertanian, akualkultu­r serta pelanconga­n adalah milik anda (Sarawak) tetapi ada industri lain yang harus anda ceburi,” katanya.

Sementara itu mengenai MIDF, beliau menggesa badan itu untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri, ke- menterian berkaitan serta dewan perniagaan agar Sarawak tidak terlepas daripada Revo- lusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Dengan sedemikian katanya, Sarawak dan Sabah akan dapat mencapai tahap atau pembanguna­n yang sama seperti rakan di Semenanjun­g Malaysia.

Beliau berharap lebih banyak program akan dilaksanak­an MIDF untuk Sarawak dan Sabah supaya ia memberi peluang kepada mereka dari segi kewangan agar tidak ketinggala­n.

“Hasrat MIDF adalah untuk memastikan Sarawak dan Sabah tidak ketinggala­n pada kali ini.

“Saya menggesa kepada MIDF supaya tidak hanya mengendali­kan program mereka sendiri sahaja bahkan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri, kementeria­n berkaitan serta dewan perniagaan di Sarawak,” katanya.

Hadir sama Presiden Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg.

“Kita tidak boleh membiarkan mereka datang dan mengambil alih apa yang kita ada tanpa sebarang pemindahan ” teknologi. Darell Leiking Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ??  ??
 ??  ?? TERUJA: Darell (tiga kiri) diiringi Abang Abdul Karim (dua kiri) dan Salang (kiri) semasa tiba untuk menghadiri Seminar Automasi dan IR 4.0 di Kuching, semalam.
TERUJA: Darell (tiga kiri) diiringi Abang Abdul Karim (dua kiri) dan Salang (kiri) semasa tiba untuk menghadiri Seminar Automasi dan IR 4.0 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia