Utusan Borneo (Sarawak)

HASRAT TERKUBUR, DITIPU

10 individu cuba dapatkan lesen memandu dengan mudah, rugi selepas ditipu seorang lelaki.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seramai sepuluh individu yang dipercayai cuba mendapatka­n lesen memandu dengan cara mudah, bukan sekadar menyaksika­n hasrat mereka terkubur, malah mengalami kerugian selepas ditipu seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 60 tahun ditipu secara berasingan selepas membuat pembayaran ke atas lesen memandu yang tidak wujud kepada suspek dengan kerugian keseluruha­n sebanyak RM5,370.

“Kesemua mangsa yang terjerat dijanjikan untuk mendapatka­n lesen memandu selepas mereka membuat bayaran kepada suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, seorang pemandu lori, 29, mengalami kerugian sebanyak RM1,500 untuk mendapatka­n lesen memandu treler bersendi pada Ogos 2018.

“Suspek memberitah­u pemandu lori terbabit bahawa dia perlu membayar wang pendahulua­n sebanyak RM1,500 dan tidak perlu menghadiri kelas dan litar, cuma perlu menghadiri latihan dan ujian litar dengan pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sahaja,” katanya.

Stanley berkata, pengadu tersebut membuat dua kali pembayaran iaitu RM800 dan RM700 secara tunai serta diberi resit yang ditandatan­gani atas nama suspek sendiri.

Bagaimanap­un katanya, sehingga sekarang pengadu masih belum mendapat lesen treler bersendi sekali gus memaksanya tampil membuat laporan polis, Rabu lepas.

Menurut Stanley lagi, sembilan individu lain yang dipercayai ditipu suspek sama juga tampil membuat laporan polis di sini, termasuk tiga kes dilaporkan di IPD Kanowit.

Katanya, suspek juga dipercayai menipu lima individu yang buta huruf, antaranya buruh, petani dan pembantu kedai untuk mendapatka­n lesen motosikal Kelas B2.

“Selepas menunggu selama tujuh bulan, mereka membuat semakan di institut memandu berkenaan dan mendapati nama mereka tidak pernah didaftarka­n untuk permohonan mendapatka­n lesen,” kata Stanley sambil menambah mereka masing-masing mengalami kerugian RM430.

Katanya, pengadu selebihnya termasuk dua suri rumah dan seorang tukang sembur dari Kanowit yang ditawarkan untuk mendapatka­n lesen B2 secara mudah.

Mereka juga gagal menghubung­i suspek selepas membuat pembayaran kepada lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai pengajar memandu dari sebuah institut memandu di Sibu.

Stanley berkata, suspek yang telah dikenal pasti kini sedang dikesan oleh pihak polis.

“Kes-kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah beliau.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia