Utusan Borneo (Sarawak)

DUA LELAKI DISYAKI CEDERAKAN LELAKI LAIN DITANGKAP

-

LIMBANG: Seorang warga Brunei antara dua lelaki yang ditahan selepas disyaki mencederak­an seorang lelaki menggunaka­n senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Tedungan, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, suspek warga brunei, 26, dan rakannya, 46, dari Kampung Ipai ditahan di sebuah restoran di bandar ini sekitar jam 11.05 pagi kelmarin.

Terdahulu katanya, mangsa, 19, dari Kampung Tanjung bersama rakannya sedang minum di kedai makan di Tedungan sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak memukul mereka menggunaka­n senjata tajam dipercayai parang dan kayu sekitar jam 8 malam.

“Kejadian itu menyebabka­n mangsa mengalami bengkak di tangan kiri dan belakang badan, manakala rakannya mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam kes berasingan, Mohd Bukhori berkata, dua lelaki yang juga pekerja sebuah kedai perkakasan ditahan kerana disyaki melarikan beberapa keping jubin bernilai RM300 kelmarin.

Suspek, 28, dari Kampung Batu Bakarang dan rakannya, 27, dari Kampung Pangkalan Jawa ditahan sekitar jam 4.50 petang kelmarin.

“Kecurian disedari mangsa, 43, sekitar jam 11 pagi kelmarin selepas menerima maklumat daripada salah seorang pekerjanya dan kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

 ??  ?? DIREMAN: Suspek-suspek gaduh dan curi dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk mendapatka­n permohonan reman.
DIREMAN: Suspek-suspek gaduh dan curi dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk mendapatka­n permohonan reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia