Utusan Borneo (Sarawak)

SAR lelaki hilang di Gunung Singai masih belum dapat sebarang petunjuk

-

BAU: Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) Stanley Kho yang dikhuatiri hilang di Gunung Singai di sini masih belum mendapat sebarang petunjuk meskipun sudah masuk hari kelima pencarian semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata op- erasi yang disambung semula pada jam 7 pagi semalam memfokuska­n pencarian di lima lokasi iaitu antaranya di kawasan Gereja Gunung Singai, kawasan gaung dan lereng gunung.

Bagaimanap­un, sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan mangsa yang berusia 22 tahun itu masih belum dijumpai.

Antara yang turut menyertai operasi SAR tersebut semalam ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rejemen Sempadan (RS), Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit K9 Polis, RELA, Team Dunia Mistik Sri Aman, The Snail Hiking, HHH Group, Kota Padawan Hikers dan Borneo Venture Hikers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia