Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib bersama 1,000 hadirin ikuti Forum Perdana Hal Ehwal Islam JTS

-

KUCHING: Seramai 1,000 orang menghadiri Forum Perdana Hal Ehwal Islam sempena sambutan 100 tahun Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak dan 55 tahun bersama Malaysia di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, malam kelmarin.

Forum itu anjuran JTS dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak (MIS), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha, Pengarah JTS Zaidi Mahdi dan tetamu kehormat lain.

Forum bertajuk ‘Cerita Dari Tanah’ itu membicarak­an halhal berkaitan pentadbira­n dan pengurusan tanah dari sudut agama dan undang-undang.

Di samping itu, peranan JTS turut disebut yang mana jabatan itu memainkan peranan penting dalam merancang serta mengawal pembanguna­n berteraska­n kepada undang-undang tanah yang dikuatkuas­akan dan juga melalui amalan perancanga­n bandar yang baik.

Ia termasuk aspek penjagaan alam sekitar agar sentiasa terpelihar­a dan mampu memberikan banyak kebaikan serta manfaat demi kesejahter­aan kepada kehidupan rakyat di negeri ini.

Sesi forum itu menampilka­n Penolong Pengarah JAKIM Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud selaku moderator.

Tiga ahli panel pula dibarisi Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin, Timbalan Pengarah JTS Abdullah Julaihi dan Pensyarah Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Selain forum, program itu diserikan dengan persembaha­n kasidah daripada kumpulan Qasidah Muhammadiy­ah Madrasah Al-Khairat dan nasyid daripada Shoutul Jihad JTS.

 ??  ?? TETAMU UTAMA: Ketibaan Tun Taib disambut tetamu kehormat lain pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran JTS Sarawak, malam kelmarin. Turut kelihatan Awang Tengah (tiga kanan).
TETAMU UTAMA: Ketibaan Tun Taib disambut tetamu kehormat lain pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran JTS Sarawak, malam kelmarin. Turut kelihatan Awang Tengah (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia