Utusan Borneo (Sarawak)

MIDF lulus dana RM885.9j kepada 809 syarikat Sarawak sejak 1960

-

KUCHING: Malaysia Industrial Developmen­t Finance (MIDF) Berhad sehingga kini meluluskan dana kira-kira RM885.9 juta kepada 809 syarikat Sarawak sejak 1960.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Charon Mokhzani berkata, ia merupakan sebahagian daripada RM14.5 bilion pinjaman diluluskan kepada 10,818 syarikat secara keseluruha­n.

“Kami membantu syarikat tempatan berkembang dalam negara dan di pasaran antarabang­sa dengan sesetengah syarikat itu telah berkembang menjadi syarikat tersenarai.

“Di Sarawak, MIDF meluluskan dana kira-kira RM885.9 juta kepada 809 syarikat tempatan,” katanya pada majlis Seminar Automasi IR 4.0 anjuran MIDF yang disempurna­kan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking di sini, semalam.

Charon berkata, MIDF akan terus menyokong syarikat tempatan di Sarawak dengan menyediaka­n pem- biayaan dan memberi mereka akses kepada maklumat.

Beliau berkata, ini termasukla­h dari aspek pembiayaan serta akses kepada maklumat tentang produk, perkhidmat­an dan insentif kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan dan agensinya.

“MIDF selain itu akan terus memberi sokongan kepada syarikat-syarikat tempatan dengan pelbagai bantuan kewangan supaya mereka dapat melepasi halangan persaingan sengit dan cabaran ekonomi.

“MIDF sedang menguruska­n RM2.4 bilion dalam bentuk skim pinjaman mudah untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini mengukuh dan berdaya saing,” katanya.

Tambah beliau, mereka menyediaka­n pembiayaan komprehens­if dengan kadar pembiayaan tinggi, terma pembayaran balik lebih panjang dan menawarkan kadar untung serendah empat peratus setahun.

Charon berkata, bagi syarikat yang membuat pinjaman kepada MIDF mereka akan membayar balik dan bayaran itu akan dipinjam semula kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu katanya, tahun ini MIDF menyasarka­n untuk menyediaka­n RM800 juta tambahan kewangan diluluskan kepada PKS di seluruh Malaysia.

“Daripada jumlah itu, RM500 juta kepada pengilanga­n dalam automasi, RM200 juta kepada syarikat dalam sektor perkhidmat­an dan RM100 juta kepada PKS pelbagai perniagaan,” katanya.

 ??  ?? CHARON
CHARON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia