Utusan Borneo (Sarawak)

Regal Internatio­nal Group adakan tawaran istimewa pangsapuri BRIMA Bintulu Regal

-

BINTULU: Regal Internatio­nal Group mengadakan promosi tawaran istimewa pangsapuri BRIMA Bintulu Regal dengan harga dari RM298,800 di Kemena Height di sini.

Tawaran tersebut dibuat pada Jerayawara Perumahan dan Hartanah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) di Bintulu Commerce Square Mall di Parkcity Commerce Square di sini bermula semalam hingga 23 September ini.

Kemena Heights merupakan projek bersepadu yang terdiri daripada tiga menara 441 unit pangsapuri Treetops dan 100 unit pusat komersial atau peruncitan, pejabat dan pasar raya.

Pembanguna­n bercampur itu merentasi tanah seluas 24 ekar terletak di antara Lapangan Terbang Bintulu dan pusat bandar Bintulu di Jalan Bintulu-Tatau-Sibu.

Ia menawarkan lokasi strategik yang mudah diakses ke pusat bandar, institusi pendidikan utama dan pusat beli-belah.

Meskipun unit-unit pangsapuri Treetops ditakrifka­n melalui susun atur secara kreatif dan reka bentuk praktikal, Kemena Heights komersial juga direka dengan sangat dekat antaranya menawarkan ciriciri perbandara­n moden sebagai tempat yang ideal untuk menjalani kehidupan seharian serta menyediaka­n pelbagai kemudahan yang bersesuaia­n dan untuk rekreasi.

Keterangan lanjut mengenai pangsapuri itu, hubungi talian hotline di 086-342828 atau kunjungi ruang pamerannya di pusat beli-belah bermula jam 10 pagi hingga 10 malam seperti yang dinyatakan dalam jerayawara tersebut.

Perasmian jerayawara itu disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama Presiden SHEDA Dr Christophe­r Ngui, Naib Presiden SHEDA merangkap Pengerusi SHEDA Cawangan Bintulu Joshua Sia Kee Wei, pengerusi penganjur Georg Liang Ngee Ping, ahli-ahli majlis, penasihat dan ahli-ahli SHEDA.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Kakitangan Regal Internatio­nal Group merakam kenangan bersama Dr Sim (tengah), Joshua (tiga kiri), Georg (empat kanan) di ruang pameran pangsapuri BRIMA Bintulu Regal di Kemena Height pada Jerayawara SHEDA, semalam.
UNTUK ALBUM: Kakitangan Regal Internatio­nal Group merakam kenangan bersama Dr Sim (tengah), Joshua (tiga kiri), Georg (empat kanan) di ruang pameran pangsapuri BRIMA Bintulu Regal di Kemena Height pada Jerayawara SHEDA, semalam.
 ??  ?? PEMBANGUNA­N PERUMAHAN DAN KOMERSIAL: Replika pangsapuri BRIMA Bintulu Regal di Kemena Height.
PEMBANGUNA­N PERUMAHAN DAN KOMERSIAL: Replika pangsapuri BRIMA Bintulu Regal di Kemena Height.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia