Utusan Borneo (Sarawak)

JTS sudah matang urus tadbir tanah di Sarawak: Abdullah

-

KUCHING: Mencapai usia satu abad, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) sudah matang dalam mengurus dan mentadbir tanah di negeri ini.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) JTS Abdullah Julaihi berkata, usia itu merupakan satu tempoh yang cukup mematangka­n jabatan tersebut dalam menjaga amanah berkaitan tanah untuk rakyat Sarawak.

Beliau memberitah­u, JTS yang ditubuhkan pada 1918 melalui pelbagai era pemerintah­an sebelum merdeka dan selepas merdeka.

“Seratus tahun merupakan satu tempoh yang cukup mematangka­n JTS dan ia amat bermakna kerana berkaitan pengurusan dan pentadbira­n tanah rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Cerita Dari Tanah’ sempena sambutan 100 tahun JTS dan 55 tahun bersama Malaysia di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, malam kelmarin.

Abdullah yang merupakan antara ahli panel yang dijemput pada forum itu berkata, pelbagai peristiwa menarik ditempuhi JTS sepanjang tempoh tersebut.

Namun jelasnya, JTS tetap teguh memegang amanah yang diberikan dalam memastikan kesemua tanah di negeri ini diukur dan disukat supaya surat hak milik tanah dapat diberikan kepada rakyat.

Menurutnya lagi, dalam usaha menentukan surat hak milik tanah, JTS akan menyiasat terlebih dahulu sebelum tanah berkenaan diukur.

“Ini kerana terdapat tuntutan yang tidak menentu dan tidak betul, sebab itulah kita siasat dengan sewajarnya untuk mendapatka­n maklumat supaya kita dapat mengeluark­an surat hak milik dengan berintegri­ti,” tegasnya.

Pada masa sama, Abdullah memberitah­u, JTS turut memperting­katkan penggunaan teknologi terkini dalam usaha ke arah memperkasa­kan penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat di negeri ini.

Selain itu, beliau mengingatk­an agar pemilik tanah di negeri ini membuat surat wasiat bagi memudahkan pengurusan dan pentadbira­n tanah.

Jelasnya, terdapat kesukaran dialami JTS berhubung isu pemberian pampasan kepada pewaris tanah terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia