Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g harus kerjasama perkembang ekonomi: Darell

-

KUCHING: Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia harus bekerjasam­a sebagai sebuah negara untuk mengembang­kan lagi ekonomi negara secara keseluruha­n.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking berkata, jarak dekat antara Filipina, Brunei dan Indonesia dengan Sabah dan Sarawak menuntut fokus kepada pasaran Kawasan Pertumbuha­n Timur ASEANBrune­i-Indonesia-MalaysiaFi­lipina (BIMP-EAGA).

Dengan memberi fokus kepada pasaran BIMP-EAGA, Darell percaya ia akan dapat membantu menambah baik ekonomi negara termasuk pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Sementara kita mendengar perang tarif antara Amerika Syarikat dan China, kita juga harus bersedia dengan blok ekonomi baharu iaitu ASEAN BIMP-EAGA.

“Tiada jaminan kita dapat mengelak perang tarif ini, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mencipta sistem ekonomi baharu antara ASEAN dan BIMP-EAGA,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan ke Kilang Elim Industries Sdn Bhd yang terletak di Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya di sini, semalam.

Darell turut memberi jaminan bahawa kementeria­nnya akan bekerja rapat dengan kerajaan Sarawak dalam usaha membangunk­an industri dan ekonomi negeri ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad katanya, menyatakan dengan jelas pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September lepas bahawa Persekutua­n Malaysia adalah negara berkongsi dengan Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Kita adalah rakan kongsi setara bermaksud kita membuat keputusan bersama dan kita berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan meneruskan hubungan baik dengan Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal,” katanya.

Sementara itu, Darell tidak menafikan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak berasa bahawa mereka ketinggala­n untuk bertahun-tahun lamanya.

Sebab itu katanya di bawah Malaysia Baharu ini, kerajaan akan membantu tempat-tempat yang tersisih.

“Adakah anda tahu bahawa perbelanja­an pembanguna­n tertinggi diberikan kepada Sabah dan Sarawak dan Sarawak adalah yang pertama.

“Ini adalah kebenarann­ya di atas kertas, tetapi fizikalnya jika anda ke Sabah dan Sarawak anda tidak melihat perbelanja­an pembanguna­n yang besar tersebut.

“Ada yang tidak kena di situ, ada orang kata, Sabah dan Sarawak terlalu luas, besar, itu bukan kesnya, mungkin diberikan kontrak tetapi kerja tidak dilakukan. Itu yang harus kita selidik,” kata Darell yang dalam rangka lawatan rasmi sulungnya ke negeri ini.

Terdahulu, Darell bersama pegawai dari kementeria­nnya dan Malaysian Industrial Developmen­t Finance Berhad (MIDF) turut melawat Kilang Water Genesis Sdn Bhd di Taman Perindustr­ian Demak Laut, Jalan Bako di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia