Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi menyelamat­kan hidupan liar di kawasan batu kapur, termasuk spesies orkid liar dan terancam

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kawasan pergununga­n dan bukit- bukau Sarawak yang belum diterokai dan mempunyai sumber asli batu kapur perlu dipelihara dan dipulihara sebelum diancam kepupusan.

Pegawai Penyelidik Bahagian Biodiversi­ti Hutan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia Ong Poh Teck memberi cadangan tersebut ekoran banyak kawasan bukit- bukau yang mempunyai batu kapur telah diterokai dan dimusnahka­n di Semenanjun­g Malaysia.

“Penting bagi Sarawak untuk cuba meninjau kawasan bukit-bukau ini dan mendapatka­n data yang diperlukan dan ia akan membantu dalam

Dengan cara itu, saya percaya anda akan mengurangk­an ketamakan manusia yang mahu mengaut keuntungan daripada orkid liar ini dan menyebabka­n ia pupus.

usaha dan kaedah yang akan digunakan dalam pemulihara­an batu kapur dan flora di sini.

“Setakat ini, saya belum lagi menjalanka­n sebarang kajian terhadap orkid liar di kawasan batu kapur di Borneo dan hanya mengkhusus di kawasan Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya ketika ditemui pada Ceramah Orkid Batu Kapur Semenanjun­g Malaysia di sini, semalam.

Ong turut menasihati peminat orkid di negeri ini agar tidak membeli orkid liar yang dikumpul dari mana-mana kawasan hutan. Ini kerana jelas beliau, ia hanya akan menggalakk­an lebih banyak orkid liar dicuri dari kawasan hutan ekoran terdapat permintaan daripada para pengumpul orkid.

Adalah lebih baik sekiranya peminat orkid membeli orkid yang telah dikahwinka­n atau yang ditanam menerusi kultur tisu atau daripada benih kerana ia lebih senang untuk dijaga dan tahan lebih lama berbanding orkid liar, jelasnya.

“Dengan cara itu, saya percaya anda akan mengurangk­an ketamakan manusia yang mahu mengaut keuntungan daripada orkid liar ini dan menyebabka­n ia pupus,” ujarnya lagi.

Ong percaya Sarawak mempunyai kepakaran dan akan bekerjasam­a dalam berkongsi maklumat dan bantuan.

Setakat ini katanya, beliau dan pasukannya sedang menjalanka­n kajian di kawasan bukit-bukau di Perlis dan Kelantan untuk mengumpul data terutama berkaitan dengan spesis orkid liar dan terancam.

Ini supaya data ia boleh diguna pakai oleh kerajaan negeri untuk memulihara tapak berkenaan daripada diekploita­si oleh manusia.

“Saya berharap projek itu akan memberi keputusan yang positif dan akan berakhir pada penghujung tahun ini.

“Selepas itu, kita boleh cadangkan kepada kerajaan negeri untuk kaedah pemulihara­an bukan sahaja untuk orkid tetapi juga keseluruha­n kehidupan di kawasan batu kapur,” tambahnya.

Ong Poh Teck Pegawai Penyelidik Bahagian Biodiversi­ti Hutan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia

 ??  ?? PELIHARA BATU KAPUR: Ong ketika bercakap pada ceramah Orkid Batu Kapur Semenanjun­g Malaysia di Kuching, semalam.
PELIHARA BATU KAPUR: Ong ketika bercakap pada ceramah Orkid Batu Kapur Semenanjun­g Malaysia di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia