Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik anjing diseru ambil peluang program suntikan vaksin anti-rabies

-

SIBU: Jawatankua­sa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu akan menjalanka­n program suntikan vaksin antirabies fasa ketiga di Dewan Serbaguna Sibu Jaya pada 25 September ini, bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Program diteruskan di Taman Hui Ning, Jalan Hulu Lanang pada 26 September dan Dewan Suarah Sibu (27 September) untuk daerah Sibu.

Manakala, program untuk daerah Selangau akan diadakan di Dewan Serbaguna Selangau pada 28 September, bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

Program suntikan vaksin anti-rabies dari rumah ke rumah di daerah Kanowit akan dimulakan di rumahrumah dan rumah panjang di sepanjang Kanowit ke Bazar Machan ( Ranan/ Bakong/ Germai/ Machan) selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Oktober dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Pada 9 hingga 11 Oktober, program diteruskan di rumah-rumah dan rumah panjang di sepanjang jalan dari Jambatan Sungai Kanowit ke Lipus (Ranan/Sekuau/Rantau Kemiding/Lipus).

Program akan berakhir di rumah- rumah dan rumah panjang di sepanjang jalan dari Jambatan Sungai Kanowit ke Bazar Nanga Ngemah ( Majau/ Batu Luking/ Dap/ Ngungun/Nanga Ngemah) selama empat hari bermula 16 hingga 19 Oktober.

Justeru, semua pemilik anjing diminta membawa kad pengenalan bersama anjing mereka bagi tujuan pemvaksina­n anti-rabies percuma.

 ??  ?? SILA SIASAT: (Dari kiri) Sarkawi, Julani dan Charles menunjukka­n laporan polis terhadap kenyataan Ricky Poh di Balai Polis Pusat Miri semalam.
SILA SIASAT: (Dari kiri) Sarkawi, Julani dan Charles menunjukka­n laporan polis terhadap kenyataan Ricky Poh di Balai Polis Pusat Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia