Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli SUPP Dudong diseru kekal bersatu, kukuh parti untuk PRN

-

SIBU: Ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Dudong diseru kekal bersatu demi memperkuku­hkan parti sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penasihat Kehormatny­a Datuk Dr Soon Choon Teck berharap ahli-ahli parti terus mengekalka­n semangat perpaduan dan hubungan kerjasama.

“PRN kali ini akan menjadi satu perjuangan yang sukar selepas kerajaan baharu dibentuk di peringkat persekutua­n. Namun, kita harus kekal bersatu dan fokus dengan objektif perjuang parti,” jelasya.

Dr Soon berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Makan Malam sambutan Festival Kuih Bulan anjuran Pemuda dan Wanita SUPP Dudong di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi SUPP Dudong Wong Chin Yong.

Program tersebut yang pertama kali dianjurkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dihadiri ahli-ahli parti termasuk ahli Bumiputera dan keluarga.

Majlis makan malam turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian dan tarian poco-poco serta cabutan tiket bertuah.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Dr Soon (lima kanan), Wong (lima kiri) bersama ahli-ahli parti memotong Kuih Bulan pada Majlis Makan Malam sambutan Festival Kuih Bulan SUPP Dudong, malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Dr Soon (lima kanan), Wong (lima kiri) bersama ahli-ahli parti memotong Kuih Bulan pada Majlis Makan Malam sambutan Festival Kuih Bulan SUPP Dudong, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia