Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai ceramah keusahawan­an ‘ The Millenial: Talk X’ pada 20 Oktober

-

KUCHING: Golongan muda yang berminat untuk mempelajar­i lebih lanjut tentang keusahawan­an dan kepimpinan dipelawa untuk menyertai program ‘The Millenial: Talk X’ pada 20 Oktober depan.

Menurut kenyataan medianya semalam, ceramah anjuran Swinburne Leo Club dengan kerjasama Majlis Pelajar Swinburne Sarawak itu akan diadakan dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Kampus Swinburne Sarawak di sini.

Ceramah itu bukan sahaja bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan muda dalam bidang keusahawan­an tetapi turut mempromosi­kan kepimpinan dan peluang dalam kalangan ahli Leo Club dan semua peserta.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatka­n dana untuk Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malasysia (MALRA).

Antara penceramah pada program tersebut ialah Kel- vin Chong Foh Fatt dari restoran dan perniagaan trak makanan NOMS On Stree, Stella Hon Kar Wen dari syarikat Oriver Farm, Andy Hon dari EzFood Delivery dan Raven Kwok dari Cafe Earthlings.

Untuk maklumat lanjut atau membuat pendaftara­n bagi menghadiri ceramah tersebut, sila ke laman Facebook Leo CLub of Swinburne University atau hubungi Wan Xin menerusi talian 0109746999.

 ??  ?? KELVIN CHONG
KELVIN CHONG
 ??  ?? RAVEN
RAVEN
 ??  ?? ANDY
ANDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia