Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga Setiausaha Politik KM buat laporan polis terhadap Ricky Poh

-

MIRI: Tiga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri membuat laporan polis terhadap seorang pengguna akaun media sosial dikenali sebagai Ricky Poh yang didakwa mengeluark­an kenyataan berniat jahat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pengadu ialah Julani Mokhtar, Sarkawi Suhaili dan Charles Balan Seling.

Turut mengadu tentang komen Ricky Poh ialah Kaunselor Hajis Japar Labau.

Laporan dibuat pada jam 11 pagi semalam di Balai Polis Pusat Miri.

Berdasarka­n laporan polis, komen yang dipercayai menggugat keselamata­n Ketua Menteri itu dibuat di akaun politik dan berita menerusi laman media sosial popular Facebook pada 14 September, jam 10 malam.

“Kita memandang serius ancaman ini dan kita memohon polis membuat siasatan lanjut dan mengenal pasti penulis komen ini atau akaun Facebookny­a, Ricky Poh,” jelas Sarkawi.

Beliau berharap tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pesalah. SIBU: Orang ramai khususnya masyarakat Islam di Sibu dan sekitarnya dijemput menghadiri Siri Jelajah Cinta Ilahi ‘Hadis Sahih Permata Ummah’ yang akan diadakan di Masjid An-Nur Sibu di sini.

Program akan berlangsun­g pada 29 dan 30 September ini dengan penampilan penceramah oleh Ustaz Wan Nazarul dan Ustaz Awang Muslim.

Kuliah Dhuha Siri 1 - Kupasan Kitabul Imam (Hadis Bukhari) akan diadakan pada 29 September, bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi.

Pada sebelah malam, program diteruskan dengan Kuliah Maghrib yang bertajuk ‘Sumbangan Hadis Bukhari Dalam Dunia Islam.’

Hari berikutnya, Program Qiamulai ‘Cinta Bertahajju­d’ akan diadakan dari jam 4 pagi hingga 5 pagi.

Bermula jam 8 hingga 10 pagi pula akan diadakan Kuliah Dhuha Siri 2 - Kupasan Kitabul Imam (Hadis Bukhari).

Justeru, orang ramai dialu- alukan hadir pada program tersebut bagi mengimarah­kan Masjid An-Nur Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia