Utusan Borneo (Sarawak)

100 penduduk dua kejiranan Sarikei meriahkan sambutan Hari Malaysia

-

SARIKEI: Seramai 100 penduduk dari kawasan kejiranan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kanpung (JKKK) Jalan Drahman Keria dan JKKK Abdul Rahman memeriahka­n majlis sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.

Ketua Kampung Jalan Drahman Keria Sarikei Sihon Ujang berkata, program itu dianjurkan untuk menyemarak­kan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Kita mahu semua penduduk sentiasa mengingati tarikh yang amat penting bagi negeri dan negara kita amnya, yang membawa kepada nikmat kemerdekaa­n.

“Pada masa sama, kita mahu generasi muda menyedari tentang betapa pentingnya tarikh tersebut yang membawa kepada kebebasan, kesejahter­aan, kea- manan dan kedaulatan negara daripada segala ancaman luar.

“Kita berharap masyarakat sedar bahawa mereka mempunyai peranan masing-masing dalam memelihara kedaulatan negara ini yang didiami pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Majlis anjuran JKKK Jalan Drahman Keria dan JKKK Abdul Rahman itu berlangsun­g di Dewan Serbaguna Kampung Drahman Keria.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertanding­an pakaian kreatif bertemakan Hari Malaysia, persembaha­n karaoke lagu patriotik dan sesi jamuan.

Hadir sama Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan serta beberapa ketua masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia