Utusan Borneo (Sarawak)

Internatio­nal BASE Jump 2018 buka tirai di Dataran Sibu Fasa 1

-

SIBU: Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 membuka tirai di Dataran Sibu Fasa 1 semalam.

Seramai 34 penerjun akan melakukan aksi terjunan lasak dari puncak bangunan tertinggi di Sarawak, Wisma Sanyan.

Upacara pelepasan peserta semalam disempurna­kan oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Peserta pada tahun ini terdiri daripada penerjun dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Belarus, Belgium, Kanada, Estonia, Fin- land, Perancis, Jerman, Ireland, Malaysia, New Zealand, Rusia dan United Kingdom.

Pada tahun ini, acara tersebut menampilka­n keunikan di mana para penerjun memakai pakaian adiwira seperti Superman, Batman, Iron Man, Hulk, Captain Amerika, Wonder Women dan lain-lain ketika melakukan terjunan.

Ia sempena sambutan ulang tahun kesepuluh penganjura­n Sibu Internatio­nal BASE Jump.

Peserta dari Belgium, Corentin Parmentier yang berusia 24 tahun merupakan penerjun termuda, manakala penerjuan paling tua ialah Eric Pemberton dari New Zealand yang berusia 65 tahun.

Edisi kali ini turut disertai oleh tujuh penerjun wanita terdiri daripada Michelle Kaszper dari Kanada, Angela Proudfoot (AS), Emilie Berges (AS), Julie Owen (AS), Susanne Lampe (Jerman), Courtney Smith (AS) dan Felicia Sturgenn (AS).

Justeru orang ramai khususnya dari kawasan wilayah tengah dijemput datang beramai-ramai bagi menyaksika­n acara tersebut.

 ??  ?? ACARA BERMULA: Tiong (berdiri, dua kiri) dan Charles (berdiri tiga kiri) bersama para peserta merakamkan gambar kenangan selepas upacara pelepasan pagi semalam.
ACARA BERMULA: Tiong (berdiri, dua kiri) dan Charles (berdiri tiga kiri) bersama para peserta merakamkan gambar kenangan selepas upacara pelepasan pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia