Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rayong hadiri Bengkel RTP Bahagian Sri Aman 2019/2020

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menghadiri Bengkel Program Transforma­si Luar Bandar ( RTP) Bahagian Sri Aman 2019/2020 untuk merangka projek sepanjang tempoh tersebut.

Bengkel yang diadakan di sebuah hotel di bandar raya ini kelmarin turut dihadiri Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaa­n Negeri (SIMU) Jabatan Ketua Menteri Dr Abdul Rahman Sebli, ketuaketua Jabatan kerajaan bahagian Sri Aman dan wakil agensi pelaksana antaranya Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Residen.

Dalam pada itu, objektif bengkel tersebut ialah untuk memberi penerangan serta mengemas kini senarai RTP yang akan dilaksanak­an sepanjang 2019 dan 2020 membabitka­n kos keseluruha­n bernilai RM10 juta selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pelaksanaa­n RTP 2018.

Kesemua projek yang tersenarai akan dihantar kepada Unit Perancang Negeri (UPN) untuk peringkat pelaksanaa­n melibatkan pejabat daerah, Jabatan Kerja raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran sebelum kerja-kerja pelaksanaa­n oleh kontraktor yang berjaya menerusi proses cabut undi.

“Terima kasih kepada kerajaan Sarawak khususnya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana memberi peruntukan besar kepada semua ADUN GPS dan Ahli Parlimen untuk pembanguna­n di konstituen­si masing-masing,” kata Dr Rayong kepada Utusan Borneo.

“Ini menunjukka­n Abang Johari dan barisan kabinet negeri sangat prihatin akan pembanguna­n di kawasan pesisir terutamany­a memandangk­an ia masih jauh ketinggala­n berbanding kawasan bandar,” tegasnya.

Justeru, beliau berharap semua wakil rakyat dapat merancang dengan baik pembanguna­n di kawasan mereka serta nilai wang itu berbaloi selari dengan hasrat Ketua Menteri yang mahu jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar dirapatkan.

Katanya, rakyat harus berdiri teguh di belakang kerajaan Sarawak yang merupakan kerajaan dan bukan pembangkan­g di peringkat negeri.

“Marilah kita berdiri teguh di belakang Abang Johari yang sedang melakukan semua usaha agar kerajaan persekutua­n segera mengembali­kan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63 serta Ordinan Minyak terutama berkaitan bayaran royalti 20 peratus,” katanya.

“Kita percaya Abang Johari di landasan yang betul untuk menagih hak MA63 bersama bayaran royalti 20 peratus kerana jika ia diperolehi bermakna kerajaan negeri mempunyai dana mencukupi untuk membiayai pembanguna­n untuk negeri ini,” katanya.

Terdahulu, sesi taklimat tersebut disampaika­n oleh Residen dan Timbalan Residen Sri Aman dan turut dihadiri wakil dari DUN Balai Ringin, Bukit Begunan, Simanggang, Batang Ai termasuk Engkilili.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Rayong bergambar bersama penganjur taklimat RTP di sebuah hotel di Kuching kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dr Rayong bergambar bersama penganjur taklimat RTP di sebuah hotel di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia