Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kereta, sebuah lori kargo terlibat kemalangan berantai

Kejadian berlaku di Kilometer 425 Jalan Betong-Sarikei-Meradong

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Dua kereta dan sebuah lori kargo terbabit dalam kemalangan berantai di Kilometer 425 Jalan Betong-Sarikei-Meradong, berhampira­n simpang Selalang dekat sini, tengah hari semalam.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah hari, ketika ketiga-tiga kenderaan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke Kuching apabila sebuah kereta berhenti untuk membelok masuk ke simpang Selalang.

Ia kemudianny­a dilanggar dari bahagian belakang oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang gagal untuk mengelak.

Impak pelanggara­n menyebabka­n kereta terbabit terbabas ke kiri jalan dan dilanggar pula oleh lori yang datang dari lorong kiri.

Akibat kemalangan tersebut pemandu kereta dan pemandu lori mengalami cedera ringan, manakala pemandu kereta pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua kenderaan terbabit ditunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei untuk tindakan selanjutny­a.

Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei turut dihubungi untuk membantu membersihk­an tumpahan minyak yang berlaku akibat kemalangan tersebut.

 ??  ?? OPS JONGKONG: Pegawai penguat kuasa SFC mengukur balak haram yang dirampas.
OPS JONGKONG: Pegawai penguat kuasa SFC mengukur balak haram yang dirampas.
 ??  ?? PENYERAHAN: Talib (tengah) menyerahka­n baju korporat kepada seorang ketua kaum sambil disaksikan Isa (kiri).
PENYERAHAN: Talib (tengah) menyerahka­n baju korporat kepada seorang ketua kaum sambil disaksikan Isa (kiri).
 ??  ?? ROSAK TERUK: Salah sebuah kereta dalam kemalangan berantai tersebut.
ROSAK TERUK: Salah sebuah kereta dalam kemalangan berantai tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia