Utusan Borneo (Sarawak)

533 batang balak dirampas daripada kegiatan pembalakan haram

-

KUCHING: Sebanyak 533 batang balak dari pelbagai spesies dan saiz berjaya dirampas daripada kegiatan pembalakan haram yang dijalankan di kawasan Song dan Kapit, baru-baru ini.

Selain itu, turut dirampas tujuh jentera berat dan sebuah gergaji hasil daripada Ops Jongkong yang dijalankan antara 12 hingga 18 September lalu.

Operasi tersebut telah dijalankan bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Unit Keselamata­n dan Pen- guatkuasaa­n Negeri di bawah Pejabat Ketua Menteri, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Pasukan Gerakan Am Batalion 10 dan Pejabat Wilayah Sibu.

SFC dalam kenyataan medianya kelmarin menjelaska­n, enam serbuan dilakukan dalam sepanjang tempoh operasi yang dijalankan berhampira­n Sungai Sebunus, Kapit.

“Tangkapan empat suspek di lokasi yang melibatkan dua penduduk tempatan dan dua warga asing telah menambah kepada kejayaan operasi,” katanya.

Pembalak haram terbabit turut menggunaka­n Identiti Pengeluara­n Balak ( LPI) palsu termasuk menanam balak di dalam tanah untuk mengelakka­n kegiatan mereka dikesan.

Kes dilaporkan ke balai polis dan diserahkan kepada Jabatan Hutan Kapit untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia