Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah dipecah masuk, jurujual kerugian ribuan ringgit

-

KUCHING: Seorang jurujual mengalami kerugian sebanyak ribuan ringgit selepas rumahnya di sebuah kawasan perumahan di Jalan Stutong, di sini dipecah masuk petang kelmarin.

Menurut sumber, lelaki berusia 25 tahun itu hanya menyedari kejadian terse- but sebaik tiba di rumahnya sekitar jam 3 petang dan mendapati keadaan di dalam rumahnya berselerak.

Difahamkan, pemeriksaa­n awal mendapati seunit peti televisyen serta peralatan pembesar suara serta seunit komputer riba miliknya telah hilang.

“Selain itu, seunit kamera digital serta wang tunai kirakira RM2,000 turut hilang daripada simpananny­a dan pemeriksaa­n lanjut di dalam rumah mendapati suspek memasuki rumahnya melalui tingkap tandas rumahnya yang dibuka secara paksa,” kata sumber.

Mangsa kemudian segera melaporkan kejadian tersebut di balai polis berhampira­n.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, seorang wanita turut membuat laporan polis mendakwa beg tangannya diragut ketika berada di sebuah kedai makan di Jalan Main Bazaar, di sini sekitar jam 8.30 pagi Rabu lepas.

Mangsa, 44, ketika kejadian dikatakan sedang makan apabila didatangi suspek yang kemudian terus meragut beg tangannya yang diletakkan di atas meja.

“Mangsa kemudian cuba mengejar suspek namun tidak berjaya,” katanya.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah seunit telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi.

Siasatan polis berhubung kes tersebut masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia