Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Sabtu akan dibuka buat pertama kalinya di Kampung Selampit pada 6 Oktober

-

LUNDU: Pasar Sabtu akan dibuka buat pertama kalinya di tebingan Sungai Kayan di Kampung Selampit di sini pada 6 Oktober depan.

Pembukaan Pasar Sabtu tersebut merupakan cetusan idea para usahawan kampung itu sendiri pada mesyuarat jawatankua­sa belia, barubaru ini.

Jurucakap program Kolvincore­n Jihem berkata, pasar itu akan dibuka kepada orang ramai bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Antara matlamat pembukaan pasar itu adalah untuk membuka peluang perniagaan kepada penduduk kampung selain mengenal pasti produkprod­uk berpotensi dari kampung tersebut.

“Ini merupakan kali pertama kita akan membuka Pasar Sabtu di kampung ini sebagai platform untuk penduduk kampung menjual hasil produk mereka.

“Kita berharap Pasar Sabtu ini akan dapat menjana pendapatan penduduk sekali gus meningkatk­an tahap ekonomi mereka,” katanya.

Pasar Sabtu itu juga sebahagian daripada usaha untuk mengetenga­hkan hasil produk yang terdapat di kampung tersebut, sekali gus menarik kedatangan masyarakat luar.

Mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti jualan pada Pasar Sabtu itu boleh hubungi Kolvincore­n menerusi talian 011-16074709 untuk tempahan tapak dengan sewa RM5 sehari.

Kampung Selampit yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar raya Kuching terkenal sebagai lubuk udang galah terutama dalam kalangan kaki pancing.

Selain itu, kampung itu juga menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar bagi sambutan Pesta Gawai Siib yang diraikan pada setiap 2 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia