Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan bekas ahli UMNO dalam PH akan mengecewak­an penyokong

-

MIRI: Wujudnya gabungan baharu antara PH dan bekas-bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO) pasti akan mengecewak­an penyokong PH.

Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata, sebarang bentuk kerjasama melibatkan pihak terbabit bukan langkah popular untuk memperkuat­kan kepimpinan PH.

“Penyokong kita harus diutamakan kerana setiap langkah kerajaan yang membawa kita ke hari ini adalah kerana sokongan rakyat, kerana mereka kita dapat membawa pembaharua­n dan menjadi kerajaan prihatin, “jelasnya.

Sehubungan itu, Voon yang juga Ketua Wanita PH untuk Hal Ehwal Sarawak menyeru kepimpinan tertinggi untuk lebih sensitif dan berhatihat­i bila didatangi bekas ahli UMNO.

Sekiranya berlaku, beliau bimbang akan wujud impak negatif dan akibat lain yang akan menjejaska­n keyakinan rakyat terhadap PH.

Voon berkata, kebimbanga­n rakyat dapat beliau rasai dari soalan-soalan yang ditanya kepada beliau jika adanya kerjasama tersebut.

Bagaimanap­un beliau berasa lega dengan kenyataan Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menapis terlebih dahulu bekas ahli UMNO sebelum diterima sebagai ahli PKR.

“PH adalah parti pemerintah.

“Rakyat menyokong PH, menyokong kerjasama Tun Mahathir (Perdana Menteri) dan Anwar untuk membawa pembaharua­n baharu untuk rakyat dan negara,” jelasnya.

Voon menambah, kerana sokongan padu rakyat, kerajaan PH berjaya menumbang Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lalu.

 ??  ?? VOON
VOON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia