Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki jalankan aktiviti perjudian tanpa lesen diberkas

-

SIBU: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki menjalanka­n aktiviti perjualan nombor loteri tanpa lesen di Jalan Ramin di sini, petang kelmarin.

Bertindak atas maklumat, pasukan polis BSJD D7 IPD Sibu yang diketuai Inspektor Hairul Hussin telah menangkap suspek lelaki terbabit, 49, semasa berada di lorong belakang rumah kedai pada jam 3.30 petang itu.

Polis merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dipercayai digunakan untuk menjalanka­n aktiviti nombor ekor haram.

Polis kemudian bertindak menahan suspek serta merampas telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dalam milikannya.

Lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut.

“Pihak kami akan mendapatka­n laporan pakar judi sebelum pertuduhan terhadap suspek,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia