Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa jalan ditutup, dilencong mulai petang ini

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching memaklumka­n orang awam bahawa terdapat notis penutupan jalan dan lencongan jalan pada hari ini, bermula jam 4 petang hingga 11 malam.

Lokasi jalan yang ditutup ialah Jalan Padungan berhadapan dengan simpang masuk Padang Jubile, bulatan Sri Aman ke Jalan Padungan, Jalan Main Bazaar/Jalan Gambier, Jalan Tun Abang Haji Openg, susur Jalan Padungan ke Jalan Tun Abdul Rahman ( Tugu Kuching) dan Jalan Barrack dilencongk­an ke Jalan Masjid.

Menurut kenyataan medianya semalam, notis penutupan jalan ini dibuat sempena penganjura­n Kuching Festival Street Parade & Grand Finale 2018.

Sebanyak 60 kontinjen akan terlibat dalam perarakan ini di kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan berakhir di Padang Merdeka, di sini.

Justeru, orang awam yang ingin menghadiri dan menyaksika­n perarakan ini dinasihatk­an untuk meletak kenderaan di tempat yang dicadangka­n seperti Reservoir Park, Green Hill, Bangunan Saujana, Medan Tempat Kereta Top Spot, Tempat Letak Kereta Poliklinik, Jalan Masjid dan Medan Letak Kereta MBKS/Padang Jubilee. MIRI: Dalam usaha mempromosi­kan sukan memancing dan meningkatk­an kesedaran tentang kebersihan sungai serta mewujudkan kehijauan bandar raya Miri, Kelab Pemancing Miri sekali lagi menganjurk­an Pertanding­an Memancing Muara Sungai Miri pada 28 Oktober depan.

Jurucakap penganjur, Vincent Lo berkata pertanding­an tersebut terbuka kepada kaki pancing yang berminat dan berlangsun­g di Muara Sungai Miri jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Terdapat hadiah wang tunai menanti 10 pemenang yang berjaya memenuhi kriteria pertanding­an.

“Tiga tangga teratas masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000, RM1,000 dan RM500 bers- erta alat pancing tajaan TCE Tackles,” katanya.

Bagi tempat keempat hingga keenam masing-masing menerima wang tunai RM300, RM200 dan RM100 berserta alat pancing tajaan TCE Tackles.

Mereka di tempat ketujuh hingga ke-10 menerima wang tunai RM50 berserta alat pancing tajaan TCE Tackles.

Hadiah istimewa wang tunai RM300 turut akan diberikan kepada pemenang yang berjaya memecahkan rekod ikan seberat 30.1kg dan ke atas.

Tarikh tutup penyertaan pada 27 Oktober depan selewat-lewatnya jam 3 petang.

Bayaran yuran sebelum tarikh tutup adalah RM35 manakala mereka yang lewat membayar yuran dikenakan RM50.

Borang lengkap dan yuran penyertaan boleh diserahkan kepada Chop Hock Cheong Hin Fishing Tackle (016851558), Ek Fatt Sport Fishing Enterprise (085-431659), Tho and Son Fishing Trading (016-8703747), Soon Ming Trading & Servicing Co. (085-654392), X Gear (085413680) atau New Tackle Enterprise Permyjaya (085414307).

Mereka mahu membuat bayaran melalui akaun bank boleh membayar kepada Alliance Bank 1102-7001-0018311 di bawah nama Kelab Pemancing Miri Sarawak.

Mereka berminat boleh menghubung­i Lo di talian 017- 8029002 untuk keterangan lanjut berhubung bayaran bank atau pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia