Utusan Borneo (Sarawak)

Jaminan dibayar anak Najib, seorang individu bertindak jadi penjamin

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitka­n dana 1Malaysia Developmen­t Bhd ( 1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.282 bilion, semalam membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruha­n RM3.5 juta yang diperintah­kan oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Najib, 65, yang memakai baju kemeja merah jambu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 10.55 pagi dan terus menuju ke kuanter bayaran jaminan Mahkamah Sesyen bagi menandatan­gani dokumen ikat jaminan.

Bayaran jamin itu dibuat anak lelaki Najib iaitu Mohammed Nizar dan seorang individu bernama Mohd Shahrir Arifin selaku penjamin.

Bagaimanap­un, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor tidak kelihatan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kemudianny­a beredar dari mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna MPV Toyota Vellfire berwarna putih pada kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum beredar, Najib memberitah­u pemberita bahawa beliau telah menjelaska­n bayaran jaminan RM1 juta seperti yang ditetapkan oleh mahkamah kelmarin.

“Saya sudah bayar (RM1 juta) sepertiman­a yang ditetapkan dan bakinya saya akan bayar sikit-sikit,” katanya.

K e l m a r i n , H a k i m Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarka­n Najib diikat jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin dan menetapkan 16 Nov untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut membe- narkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib untuk membayar jaminan itu secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar semalam dan RM500,000 setiap hari sebelum atau menjelang 28 Sept.

Kelmarin, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadiny­a dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.

Najib sebelum ini didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada Julai dan Ogos lepas dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu sebutan semula kes pada 4 Okt. — Bernama

Saya sudah bayar (RM1 juta) sepertiman­a yang ditetapkan dan bakinya sikit. ” saya akan bayar sikit- Datuk Seri Najib Tun Razak Bekas Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT: Anggota Forensik PDRM memeriksa dua mayat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Bukit Batu, Jalan Sedenak menghala ke FELDA Sayong awal dekat Kulai, semalam.
— Gambar Bernama SIASAT: Anggota Forensik PDRM memeriksa dua mayat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Bukit Batu, Jalan Sedenak menghala ke FELDA Sayong awal dekat Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia