Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat pengurup wang, dua pegawai kanannya didakwa kemuka penyata palsu

-

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengurup wang dan dua pegawai kanannya didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mengemukak­an pernyataan palsu kepada Bank Negara, Mac lepas.

Syarikat Lucky Money Changer Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifn­ya Nazeer Ahamed Shahul Hamid, ketua pegawai eksekutifn­ya, Sharulniza­m Saari, 46, dan Nazeer Ahamed, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin, Hakim Zamri Bakar dan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu selaku Orang Kena Saman didakwa telah mengemu- kakan suatu pernyataan palsu kepada Bank Negara Malaysia berkaitan ‘ledger for Travelex Malaysia Sdn Bhd’ di syarikat tersebut yang beralamat di Lot GO41, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, di sini pada 9 Mac lepas.

Sharulniza­m dan Nazeer Ahamed masing-masing turut didakwa atas pertuduhan sama iaitu sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif syarikat tersebut telah mengemukak­an suatu pernyataan palsu bagi tempoh antara 1 Dis 2017 dan 31 Jan lepas di tempat dan tarikh sama.

Ketiga- tiga pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 35(b) Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011 (Akta 731) dibaca bersama Seksyen 80 akta sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 35(b) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Bank Negara Steve Chin Yun Cheong yang mengendali­kan ketiga-tiga kes mencadangk­an wang jaminanmas­ing-masingRM15­0,000 terhadap Sharulniza­m dan Nazeer Ahamed berserta syarat tambahan perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

Sharulniza­m yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan dikurangka­n dengan alasan dia perlu menanggung keluargany­a manakala Nazeer Ahamed yang diwakili peguam Khairul Anuar Kashim juga memohon perkara sama dan memberitah­u keadaan kewangan anak guamnya kini tidak berapa stabil selain tiada kebarangka­lian untuk melarikan diri.

Hakim Zamri Bakar membenarka­n Sharulniza­m diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan melapor diri kepada Bank Negara setiap bulan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarka­n Nazeer Ahamed diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan turut mengarahka­n pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.

Ketiga- tiga mahkamah menetapkan tarikh sebutan sama iaitu 26 Okt untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia