Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis direman minta rasuah

-

GEORGE TOWN: Seorang pekerja subkontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur di beberapa bahagian badan apabila kotak fius di pencawang TNB yang sedang diperiksa meletup dan terbakar di Pangsapuri Kejora, Bayan Lepas dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata kejadian kira- kira jam 9.30 pagi itu menyebabka­n lelaki berusia 27 tahun itu melecur tangan kanan dan kiri, muka, badan serta kedua-dua paha.

“Menurut pihak pengurusan pangsapuri itu, mereka terdengar bunyi letupan di pencawang TNB kediaman berkenaan dan apabila diperiksa mereka melihat seorang lelaki dalam keadaan badan berasap sedang menanggalk­an helmet serta pakaian kerana terbakar.

“Terdapat sedikit kesan api di bahagian kotak fius dan pihak pengurusan memberi bantuan awal dengan memadamkan api sebelum menghubung­i bomba,” katanya di sini semalam. — Bernama SEREMBAN: Seorang koperal polis ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM1,500 berhubung penggajian tiga warga Bangladesh yang memiliki permit kerja luar kawasan.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Majistret Rahimah Rahim di sini yang membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Negeri Sembilan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, anggota polis berusia 49 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah itu didakwa meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM1,000 daripada pengadu yang bekerja sebagai jurukimpal.

Ini sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang- undang terhadapny­a yang menggajika­n tiga pekerja warga Bangladesh yang memiliki permit kerja luar kawasan.

Pada hari yang sama juga suspek telah meminta wang rasuah RM500 dibayar kepadanya pada 20 haribulan setiap bulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia