Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor rugi RM8,800 ditipu baiki dewan makan sekolah

-

KUANTAN: Seorang kontraktor kerugian RM8,800 selepas diperdayak­an seorang lelaki yang mengambil peluang daripada kerosakan dewan makan sebuah sekolah menengah di Pekan dekat sini, akibat dilanda ribut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 56 tahun mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengaku penolong kanan sekolah terbabit pada jam 9 pagi, 12 Sept lalu.

Beliau berkata mangsa mendakwa diminta menghantar dokumen kontrak untuk pertimbang­an Kementeria­n Pendidikan sebelum diarahkan membuat transaksi pemindahan wang, kononnya sebagai bayaran pengurusan projek.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas suspek tidak datang berjumpany­a walaupun telah berjanji untuk berbuat demikian pada Rabu lalu di sekolah terbabit, selain percubaann­ya untuk menghubung­i suspek tidak berjaya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Menurutnya mangsa menghubung­i pengetua sekolah yang memaklumka­n dia juga dihubungi suspek dengan mengaku sebagai wakil kementeria­n serta meminta senarai kerja yang perlu dilakukan serta cadangan nama kontraktor.

“Pengetua sekolah mempercaya­i suspek kerana secara kebetulan dewan makan asrama sekolah itu mengalami sedikit kerosakan akibat ribut,” katanya.

Mohd Wazir menambah pengetua sekolah itu kemudianny­a membuat semakan di Kementeria­n Pendidikan dan mendapati kontrak yang didakwa suspek tidak wujud, menyebabka­n mangsa membuat laporan polis.

Mangsa mendakwa melakukan dua transaksi pemindahan wang ke dalam akaun milik dua wanita berbeza pada 18 dan 19 Sept lalu.

S i a s a t a n d i j a l a n k a n mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia