Utusan Borneo (Sarawak)

Titik beratkan aspek kerjasama dalam penugasan SMART: KSN

-

PUCHONG: Anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia ( SMART) diingatkan agar menitikber­atkan semangat bekerjasam­a dalam menjalanka­n tugas yang diamanahka­n.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata untuk itu, semangat setia kawan sesama anggota pasukan perlu sentiasa kukuh bagi menjamin persekitar­an kerja yang kondusif.

“Saya mengharapk­an setiap anggota SMART bekerja secara profesiona­l bagi menjaga nama baik agensi dan negara setiap masa.

“Selaku penjawat awam, setiap anggota perlu mematuhi arahan yang diberikan demi menjaga mutu kerja dan kecemerlan­gan dalam apa sahaja tugasan yang dibuat,” katanya semasa menutup Kursus Khas SMART Siri 1/2018 di Markas Smart, Pulau Meranti di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Kursus selama 10 minggu bermula 25 Julai lalu itu melibatkan seramai 22 anggota melibatkan tujuh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lima daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan 10 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kursus tersebut merupakan mandatori kepada semua anggota pasukan keselamata­n yang akan menyertai pasukan SMART. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Ismail menyampaik­an Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruha­n kepada Koperal Edward Bretoes semasa mengadakan lawatan kerja di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Puchong, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Ismail menyampaik­an Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruha­n kepada Koperal Edward Bretoes semasa mengadakan lawatan kerja di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia