Utusan Borneo (Sarawak)

CC parti tidak terima peletakan jawatan, Timbalan Presiden enggan pangku jawatan

-

ALOR SETAR: Datuk Seri Mah Siew Keong semalam menjelaska­n beliau masih Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia ( GERAKAN) yang sah sehingga pemilihan parti itu pada 17 Nov nanti.

Mah berkata memang beliau meletak jawatan pada Mei selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun Jawatankua­sa Pusat (CC) parti tidak menerima peletakan jawatannya itu malah Timbalan Presiden parti Dr Cheah Soon Hai juga tidak mahu memangku jawatan presiden.

“Beliau (Dr Cheah) cakap kita bersama- sama, kita ‘ caretaker’ ( pentadbir sementara) sehingga pemilihan parti… saya ‘ caretaker’, masih presiden hingga pemilihan parti akan datang pada 17 November,” katanya kepada pemberita selepas Persidanga­n Perwakilan GERAKAN Kedah 2018 di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan media yang melaporkan beliau membuat pengumuman secara rasmi peletakan jawatannya sebagai presiden GERAKAN selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan GERAKAN Negeri Sembilan di Seremban, 16 Sept lepas.

Mah berkata berlaku salah faham dan tafsiran berbeza dalam laporan media berkenaan dengan apa yang sebenar dimaksudka­nnya iaitu beliau tidak akan bertand- ing untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Sementara itu, beliau berkata resolusi berkaitan menukar perlembaga­an parti supaya semua anggota parti itu dari peringkat cawangan, bahagian, negeri dan kebangsaan boleh mengundi dalam pemilihan parti akan dibuat pada Persidanga­n Perwakilan Kebangsaan GERAKAN, November nanti.

“Ini bagi memastikan peringkat akar umbi lebih dekat dengan kepimpinan,” katanya.

Dalam pada itu, Mah berkata GERAKAN menyokong penuh keputusan Kabinet untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Beliau berkata langkah itu bertepatan pada masa ini kerana pengundi muda dilihat boleh mengubah landskap arena politik pada masa hadapan.

Pada persidanga­n itu Mah turut mengumumka­n M. Marimuthu Selvan menang tanpa bertanding sebagai pengerusi GERAKAN Kedah yang baharu bagi menggantik­an Dr Cheah. — Bernama

Beliau (Dr Cheah) cakap kita bersama-sama, kita ‘caretaker’ (pentadbir sementara) sehingga pemilihan parti… saya ‘caretaker’, masih presiden hingga pemilihan parti akan datang pada 17 November. Datuk Seri Mah Siew Keong Presiden GERAKAN

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Rais (kiri) menyampaik­an buku ‘Autobiogra­fi Seorang Pemberonta­k’kepada balu Allahyarha­m Dr Kassim, Sharifah Fawziah (tengah) dan anaknya Ahmad Shauqi Kassim,51 pada majlis pelancaran buku tersebut di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Rais (kiri) menyampaik­an buku ‘Autobiogra­fi Seorang Pemberonta­k’kepada balu Allahyarha­m Dr Kassim, Sharifah Fawziah (tengah) dan anaknya Ahmad Shauqi Kassim,51 pada majlis pelancaran buku tersebut di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia