Utusan Borneo (Sarawak)

Diplomat muda perlu manfaatkan pengalaman berbilang kaum dan budaya sebagai kelebihan

-

KUALA LUMPUR: Diplomat muda perlu memanfaatk­an pengalaman berbilang kaum dan budaya di Malaysia sebagai kelebihan untuk mengukuhka­n kemahiran diplomasi dan perundinga­n, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Beliau juga menggalakk­an mereka untuk memahami dan menghargai budaya lain terutama apabila mereka ditugaskan ke luar negara.

“Sama seperti budaya, diplomasi adalah tentang menyukai dan mengenali orang lain. Justeru, apabila bertugas dan membina hubungan dengan orang lain, adalah lebih baik untuk mempunyai perspektif dan memahami budaya mereka.

“Oleh itu, negara-negara kini memilih diplomasi budaya sebagai sebahagian daripada pendekatan secara berlembut,” kata beliau ketika merasmikla­n Hari Penghargaa­n Budaya 2018 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), di sini semalam.

Marzuki berkata penghargaa­n terhadap pelbagai budaya, menghormat­i, toleransi dan menghargai perbezaan merupakan elemen penting bagi kestabilan domestik Malaysia selama beberapa dekad.

Hari Penghargaa­n Budaya yang dianjurkan oleh IDRF bertujuan untuk mempromosi­kan budaya dari lebih 15 negara termasuk Kazakhstan, Croatia, Uzbekistan dan Bahrain.

Acara ini turut disertai oleh diplomat muda dalam latihan, peserta antarabang­sa Program Perbadanan Teknikal Malaysia dan Diplomat Muda ASEAN. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Marzuki ketika melawat pameran selepas merasmikan Hari Penghargaa­n Budaya di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Marzuki ketika melawat pameran selepas merasmikan Hari Penghargaa­n Budaya di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia